Thu, 20th November 2008

Malam tadi aku & hubby beristirehat di rumah baru yg bakal kami diami sikit waktu lagi. Dia cuti malam tadi. Tak banyak program di buat. Ingatkan bole la aku nak kemas barang sket2 tapi akhirnya aku plak yang terjebak dengan anak buah aku yang nak sangat main ‘monopoly’. Habis main ade la lebey kurang kol 11. Itu pn sbb hubby aku bangun tdo. Aku se kalo ye tak jaga, mau main sampai kol 2 3 pagi. Then baru nak cari bantal & tilam. ;p

Bila ye dah bangun, dia mula la ajak aku p cari makanan. Aku punya ralet main sampai aku pn tak ingat yang aku sendiri pn lom makan lagi (kusyuk main la katakan). Kami amik keputusan untuk cari restoran 24jam kat luar. Niat di hati nak makan nasik, tp aku tukar selera tgh malam kepada burger je. Nasib baik la ada 1 gerai burger buka lagi. Itu pn dah kemas2 barang nak tutup. Baru order burger, aku teringat kat budak2 kat umah. Kire2 dah nk order burger untuk derang, meh plak mamat jual burger tu kate telor dah habis. So, tak dapatlah kami membeli burger utk derang. Next time la eaks…bole???

Dapat burger je, kitorang lepak kat kedai mamak belakang office aku. Sejuk tol malam tadi. So, kami same2 order air panas utk kurangkan kesejukan. Usai makan, kami pe lagi merempit la balik. Jalan dah tak de keta. Sunyi sepi. Best je. Kalo ikut plan asal kami nak balik umah lame jup, packing barang yang tertinggal. Tapi dah masing2 letih lagi, kami tangguh plan tu kepada esok then balik semula ke rumah baru.

Masuk umah je senyap sunyi. Sebelom aku kuo tadi riuh lagi masing2 main la ape la lagi dibuatnye. Dah balik ni baru la aku tengok jam dah kol 1 pagi. Mane budak2 ni tak tdo, dah larut malam. Mata aku pn time tu dah layu. Kalo di sorongkan bantal sah2 la terus lelap. Dah la baru pas makan, mata plak mainkan peranan. Wooo…tdo lena beb!

Perghh! Time tdo jangan kata la betapa lenanya. Kalo berdengkur pn dah tak kesah dah (tak dengaq pn sama2 tdoq mati) sbb dah terlalu letih. Ditambah plak ngan hujan yang mencurah2 dari petang. Uiiii..lg best la tdo. Pagi tadi time nak bangun pn rase malas2. Hohoho…

Kelmarinya, wakil pemasangan dari astro tiba utk membuat pemasangan semula. Aku makin tak sabar nak pindah & menetap di tempat baru. Mane taknye, sebelum ni dunia aku kat umah hanyalah tv & hp aje. Pc ni hanya di office aje. Aku ni kiranya sambil menyelam minum air tp bukan takat minum je, siap mandi terus. Hukhukhuk!

Time pemasangan semula tu aku minta nak balik umah kejap. Saje nak sebokkan diri padahal aku hanya jadi pemerhati je. ;p. Lame gak la aku kuo, aku masuk office balik pn bile jam dah kol 4.30. Maknanye, aku ada setengah jam je di office sebelom aku nak balik umah balik. Aku pk cam alang2 aje plak kan. Oleh sbb, office tu dibawah jagaan aku, so aku kene la bertanggungjawab. Sementara aku kuo td pn aku bknnya turn off pc. Aku main pakai tinggal aje. Sbb aku igt aku balik umah sekejap aje. Lg pn semua dokumen pemasangan astro tu atas nama aku. Ape2 hal aku kene la amik tau jugakkan. Tak banyak sket.

Ari ni di office kerja tak banyak. Kalo ade pn aku hanya buat correction pada quotation je. Tapi yang paling aku ingat kejadian pada hari ini adalah aku kene g office G*****. Sampai 3 kali semata-mata pegi print summary (printer office aku rosak). Pergi sane tu aku tak kesah sangat. Tapi yang aku kesahkan adalah tengah2 aku sedap berjalan tue tali kasut aku plak putus. Mak oii..hampir terjatuh aku di buatnya. Dah la tu siap mulut ni p melatah plak. Nasib baik tak kuat. Maunye kuat, bole dengar kat makcik2 & pakcik2 yang tunggu anak2 derang habis kelas agama. Bole mendatangkan malu nih!. Aku igt dapat la kasut tu bertahan hingga taun depan. Nampak gayanya aku kena p beli kasut baru nie.

Tengahari aku balik umah kak ela, dia ajak balik makan. So, oleh sebab kasut aku tu putus hubby aku datang jemput. Dia plak baru balik dari umah lama kami, kemas barang dengan aliff & aap. Masuk je keta, ketawa ye tengok tali kasut aku yang putus tu. Sabo aje la.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ari ni dalam Harian Metro de 63 Petua Kebahagiaan Rumahtangga/Pasangan dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah yang aku ingin kongsikan kat cni.

Sape yang tak nak rumahtangga yang di bina bahagia. Sume orang yang dah berkahwin mempunyai impian melayari rumahtangga dengan bahagia & harmoni hingga ke syurga.

So, ikutilah tips-tips nie...aisehhh, termasuk la diri aku ni. ;p

63 Petua Bahagia Oleh Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

1. Doa yang berterusan
2. Patuh ajaran agama
3. Murah dengan pujian
4. Murah dengan khidmat
5. Murah dengan belaian kasih sayang
6. Murah dengan sentuhan
7. Mencari kebaikan pasangan
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda
9. Cari kebaikan & pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
10. Menghormati had, sempadan @ hal peribadi pasangan
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur
13. Berani mengambil risiko, emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara
14. Menilai & memberi keutamaan dalam kehidupan
15. Tolak ansur
16. Menghormati & mengambil kira ‘gerak batin’ suami/isteri
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
18. Sedar bahawa perselisihan faham kadangkala tidak boleh di elakkan
19. Mengubah diri untuk meransang perubahan pada pasangan
20. Sanggup berkorban buat pasangan
21. Menghormati pasangan
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
23. Perhubungan seksual yang sihat & di redai
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
27. Meletakkan hak kepada pasangan
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan
30. Mengawal marah. (buat perjanjian)
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’
32. Muhasabah diri/hubungan untuk mencari pinca masalah
33. Menghormati sifat semulajadi pasangan
34. Memahami peranan pasangan
35. Hubungan perasaan sesame pasangan
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah @ benci dalam hati
37. Bentuk kod kasih sayang & hanya anda berdua sahaja yang tahu
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami/isteri
39. 7 kali pujian & 1 teguran
40. Sebut ‘I love u’ sesekali sepanjang berpasangan
41. Banyakkan bergurau & bermesra
42. Sentiasa berterus terang
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
45. Elakkan mencari kesalahan pasangan
46. Cari titik pertemuan
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
48. Lebih banyak memberi daripada menerima
49. Minta nasihat, padangan @ maklum balas daripada pasangan
50. Sentiasa bersemangat apabila bangun tidur, pergi kerja, balik kerja & sebagainya
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
a) Mental, pendidikan & ilmu
b) Emosi
c) Fizikal & ekonomi
d) Sosial
e) Spriritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama(kecuali terpaksa/tugas)
53. Tidak terlalu mengongkong
54. Tidak bertindak bersendirian
55. Memberi peluang untuk berbeza:
a) Pendapat @ pandangan
b) Hobi
c) Kegemaran
d) Makanan
e) Citarasa
f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor @ lawak dari semasa ke semasa
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif
58. Berwawasan & pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa)
59. Tidak meminta yang bukan-bukan
60. Bentuk undang-undang @ peraturan di dalam rumahtangga
61. Mencari kelainan & perubahan positif
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun
63. Reda, syukur & tawakal kepada Allah swt


~Apa yang baik itu datangnya dari Allah, apa yang kurang itu datangnya dari diri aku~

3 comments:

Sue.Aleen said...

bagus tips ni... dah la entry hari ni cakap pasai layanan aku yang kureng pada abang nen... bagus²

Anonymous said...

elok hang boh tips ni blh kata nak menuju 100% dah bila aku check list ni...sbb dh buat dlm rmhtangga kini. Utk bahagia kita kena sama2 redha meredhai, terima seadanya n saing membaiki yg kurang. sentiasa berdoa utk menjadi isteri n suami yg soleh, solehah. Serahkan 100% diri pada Allah SWT dan yakinilah dr Nya segala yg terbaik utk kita.

Anonymous said...

InsyaAllah...semoga rumahtangga kita semua menuju kebahagiaan sentiasa...ameen~