Fri, 28th November 2008

Untuk para Wanita & Gadis - Tips-Tips Untuk Kekal Sihat

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk / makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Oleh itu :-

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik - Cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir,dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress - Perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda - Gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah) sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku. (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik - Bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing & mulus - Diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri - Sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ni, pertama kali hubby aku masak. Ye begitu xcited sekali. Bukan la sebelom ni ye tak penah masak. Tapi kali ni terasa kelainan & bersemangat sket. Pagi tadi, ye bawa balik kerang. Aku ingatkan aku la yang kene masak. Tapi aleh2 ye yang minta resepi dari aku nak buat sendiri katanya. Hehehehe. Mule2, aku tak caye la jugak. Tapi oleh sbb aku pn dah nak siap nak g keje. Aku pn tuliskan bahan2 yang kene ada. Bg aku kalo nk masak kerang yang mudahnye buat kerang rebus je. Cicah plak ngan sambal belacan tak pn makan ngan ikan masin. Huuuuu...sedap weiii..

Tengaharinya pulak, hubby aku anta meseg kate lauk dah siap masak then nak jemput aku balik makan sekali. Wah!!aku cam tak caye je hubby aku masak hari ni. Hehehehe.
Terasa bersalah pon ada. Sebelom ni pon, kebanyakannya aku yang masak. Kalo ada dia pon sebagai pembantu je. Tak sabarnya aku nak balik umah makan. ;p

Sampai je umah, lauk & nasi hubby aku yang hidang. Ye pn dah cm tak sabar nak makan. Perrgh!!sedap tue..anak buah aku sampai bertambah nasiknye. Dari yang kecik sampai la ke besar. Habis nasi 1 periuk. Tu dah kira tahap melahap ke melantak??huh!!lantak la korang. Janji korang kenyang eaks. Nasib la kerang tue aku dah tinggalkan sket untuk kakak aku, kalo aku tak asingkan tadi mau habis dah kerang tersebut. Hohoho

Esok, kawan aku Salmah & Mehan dijangka akan datang tido umah aku nie. Hidangan wajib untuk derang adalah ’laksa’ yang aku masak. Dah lame jugak la aku tak buat laksa. Kebetulan aku memang nak bt open house sbb aku baru pindah masuk rumah baru & sambut bufday hubby aku sekali. Tapi bufday hubby aku jatuh pada hari Selasa 2hb Dec minggu depan. Kira oraite la tue sambut bufday awal. Hehehe. Aku dapat tahu 2 orang kawan aku tak dapat attend, sbb nye dia ada di kampung. Cuti sem. Takkan dia nak turun cni plak kan semata-mata nak mai open house aku nie. So, untuk derang aku bg pengecualian. Kihkihkih. Tapi kalo yang lain tu tak mai, siap hampa aku kerjakan!!huhu.

Plan untuk malam ni, kene kemas bilik untuk derang tido malam sok. Harap-harap aku dapat bagi pekhidmatan penginapan & makanan yang memuaskan. Aisehh..cam hotel la plak eaks.

Oh ye! Aku mendapat perkhabaran yang sedih petang nie. Saudara di sebelah bonda telah mengalami kemalangan jalan raya di Tapah dan didapati meninggal dunia. Al-fatihah kepada beliau. InsyaAllah, petang ini juga akan dibawa balik ke TP dan dikebumikan disana. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.

0 comments: