Fri, 12th December 2008

Yuhooooo....
Anybody home!

Suasana yg sejuk + mendung membuatkan aku bertambah mengantuk. Malam tadi aku tdo cam biasa jerk. Mana ada tdo lambat. Kalo jam pukul 12 tue dah kira biasa la baru nak cari bantal & tilam. Hohoho

Tengah-tengah aku dok sedap mmp ke hapa aku terdengaq bunyi salakkan anjing. Terkejut jugak aku sbb bunyinya yang sungguh dekat. Aku ckp dalam diri aku

"Ni mimpi ke kenyataan nih??" sbb apa tau aku cakap cam tue...

kelmarinkan public holiday untuk negeri Selangor, so seperti yang plan kami kuo pagi (pagi la sangat - koi 11.30). Tapi still lagi decide nak pergi mana. Kalo ikut kak aku, dia nak ajak kami sume p main bowling kat Sunway Piramid tak pn p Mid Valley je naik komuter. Aku tak kisah, sbb aku ngikut je kemana org mau bawa. Hehehe
Hubby aku buat keputusan p jalan-jalan kat Jesco tempat lepak kami. Lagipun dekat sket nak balik & yang penting tak sesak.

Kebetulannya petang kelmarin tiba giliran kak aku kena jaga Syafiah. So, kira mudah la sket nak anta kak aku walau terlambat pn. Owh ye!Cik Piah kita masih belom d OP. Tak tau jugak bila. OP yg sepatutnya di jalankan kelmarin ditunda lagi. Cian Cik Piah tu kena puasa. Padahal tak de OP pn. Tak pe Piah, kuatkan semangatmu yer!

Sambung balik pada cerita, sampai kat Jusco. Anak-anak buah aku dah melompat2 tak sabaq dengan gumbiranya. Masuk je kat dalam tue, kami lepak lu kat kusi bawah. Bagi la si Mastura & Adam main moto binatang. Adam naik arnab, Mastura naik gajah. Gajah yang dinaiki oleh mastura begitu slow sekali. Kekekeke...Manakala arnab adam begitu laju sampai beberapa kali terlanggar tiang. Tapi yang pastinya mukanya yang skema & no impression tu best btol. Macam tak dak apa je berlaku di+ plak ngan mata yang lebam sebelah. Just imagine! Orang kalo naik atas menatang tue, kena la control sama ada nak ke kiri atau ke kanan. Ni tak, dia dok nak tawaf tiang ja. Kihkihkih.

Pas bagi peluang pada anak buah aku yang kecil, tiba giliran plak pada anak buah aku yang besar sket. Hari tu dalam entry lepas kami pergi sana tapi tak berkesempatan nak main. Punya la suka tak terkata. Main apa ntah, adam & mastura aku bagi derang main bowling kecil. Perghh!best tengok gaya Adam yang main dapat strike. Baling straight je. Walaupn plan nak main bowling kat Sunway Piramid tidak berjaya. Tapi, kira oraite la kan dapat jugak temankan depa main bowling kanak-kanak. Wakakaka~
Anis & Aap dah menghilang ntah ke mana. Dah main kot.

Kol 1.30 ptg, perot pn dah bunyik. Time nak makan ni pon 1 hal jugak. Kalo p sana mesti aku tak tau nak makan apa. Kadang tu teringat nak makan yg lain. Tapi bila sampai sana mesti terbeli makanan yang dah biasa dimakan. So, kelmarin aku n kak aku makan tenpayaki, manakala hubby & anak buah aku pilih utk makan nasi kat dalam pot. Untuk Adam & Mastura aku pilih french fries & mushroom sup je. Kak aku plak beli sushi. Dah lama benar aku tak makan sushi. Last makan pon time aku p makan kat Sushi King Jusco tu la jugak. Makan sambil lepak memang best. Tambahan plak tak ramai orang sangat. Nak dok bapa lama pon tak kisah.

Habis je makan, malas plak nak bangun. Oleh sbb, masa lama lagi sblm nak hantar kak aku so, aku pn ngajak la derang g tengok wayang. Ada can la aku nak tengok Bolt. Hehehe. Mula-mula takut jugak tiket Bolt tak de time petang-petang nie, then bila cek ada. Huiyoooo...pucok d cita ulam mendatang sey!aku dengan riangnya membeli lah tiket bawak masuk sume termasuk kak aku sekali. So reramailah ahli kerabat aku kat dalam panggung. Tiket start kol 3.30. Kami menunggu selama sejam kat sana. Oleh sbb terlalu lama tunggu, kak aku & anak2 dia duduk atas lantai. Santai gile sambil tengok tv. Ada pic tapi kat dalam hp kak aku. Nanti dia balik aku leh la uploadkan. Wakakaka.

Walaupn baru pas makan tadi, tapi kami still lagi beli popcorn n air. Macam kelaparan tahap apa jah. Kalo tak silap aku, 7 bungkus popcorn kami beli. Bole kata kat dalam tue dapat popcorn sorang satu la. Kali ni kami beramai2 dok kat kusi tepi dinding. Macam tak best je tengok dari citu. Ramai gak orang tengok Bolt. Hubby aku dah bgtau awal2 kat anak buah aku, kalo bole minggu depan nak datang lagi. Tapi kali ni nak tengok tayangan malam plak. Hohoho. Masuk dalam, hubby aku hanya sempat tengok awal cerita je. Pertengahan cerita sampai ke hujung dia zZzZzZz. Kuikuikui. Aku tak kisah pun ye tdo janji jgn berdengkur dah la. Kalo tak, aku tak ngaku suami. Hahaha. (aku tak de lah zalim sangat nk buat cmtue).

Bis cite, turun balik kat area game tadi. Kali ni anak buah aku nak main lagi beberapa round. Katanya nak bg habis token derang. Untuk ngelakkan aku borink, aku pn join main. Tapi aku pilih bahagian game org dewasa la. Main tak lama mana, then token aku pn habis. Aku tengok plak anak buah aku main. Token derang ada lagi. Aku, kak aku, Anis & Aap main hoki tangan. Pergh!!best tue. Aku & Anis Vs Kak aku & Aap. Ya Allah, main punya best sampai lenguh-lenguh tangan aku. Dari 1 round sampai 3 round. Gaya memang macam tak mo balik. Hehehe. Tapi nak tak nak kena gak balik sbb jam dah koi 6 lebih.

Singgah anta kak aku kat spital, kami terus balik umah. Balik umah sume dok bergelimpangan keletihan. Letih kerana main game. Tu pun ada yang tanya bila nak ke ctu lagi. Fuhh!memang puas aku berhibur kelmarin. Pasni aku nak bawak lagi anak2 buah aku main kat ctu. Aku pn tak tau bile. sbb aku nak kena kumpul dwet banyak2 then p berjoli sakan cmtue. Hahaha..kan best!

~Sambung plak cite entry kat atas tadi, bunyi salakan anjing yang aku dengaq tue sama macam salakan anjing kat dalam cite Bolt tue. Tue yang membuatkan aku ni terpikir samada aku mimpi @ itu memang kenyataan. Dah la anjing Bolt tue comel. Rasa macam nak pegang-pegang je. Anjing yang aku dengar tue adalah anjing benar. Anjing tu p salak kat umah jiran sebelah. Jiran sebelah tue bela lintah. Myb dia bau bangkai kot.

Weh letih la menaip ni....jam dah koi 5 lebey...nak balik nih!

bubai...dada~



0 comments: