Fri, 19th December 2008

Rasa dah lama tak menulis kat cni. Ntah kenapa tahap kemalasan aku melampau2 sket 2 3 hari ni. Ditambah plak dengan kondisi badan yang terasa nak demam. Lagi la menambahkan kemalasan aku. Patut la orang cakap penyakit ‘malas’ ni tak de ubatnya. Hukhukhuk!

Niway, aku nak melaporkan kejadian dalam minggu nie. Start dari ri senin ritu,

Isnin
~ Kak Bib & Husna datang dari kampong. Naik bas ape ntah turunnya di hentian Puduraya. Sepatutnya tempoh perjalanan hanya 4 @ 4 jam setengah tapi kali ni bas yang di naiki derang bergerak lambat & tiba pn lambat. Bertolak dari PB kol 1pg sampai cni kol 7.30pg. Siot punya lambat. Hubby aku yg g amik derang. Sempat juga la ye melelapkan mata sambil tunggu derang. Sampai S.U dah kol 8.45, hubby aku terus amik then anta aku g keje. Walhal, office dan umah bukan lah jauh mana pon. Huhuhu. Seronok rasanya dapat berkumpul ngan adik beradik. Walaupon tak cukup ahli, tapi memang gamat la rumah tu. Malam etu Husna mengambil alih tugas menjaga Syafiah kat spital. So, dapat la Kak Ella rehat kat umah.

Selasa
~ Hari ni, tak banyak aktiviti yang dibuat. Semuanya macam biasa. Aku kerja pn tetap tak banyak kerja. Kena tunggu hujung bulan & awal bulan baru aku sebok bekerja. Hohoho. Tambah plak sekarang ni musim aku tengah gian main badminton. Nasib baik la ada anak buah yang boleh diajak bermain. Dapat juga la melepaskan gian aku. Selalunya aku bermain di sebelah malam. Disamping tue, leh la turunkan sket berat badan aku nie. Huhuhu. Untuk malam nie, kitorang buat pemilihan untuk menjaga Syafiah. Oleh sebab anak buah aku kebohsanan + plak sepupu & kawan ye tak de - Anis, so dia la yang volunteer nak menjaga Syafiah ngan Husna. Kak Ella aku plak tak berapa sihat. So, memang tepat la pemilihan itu. Cuma dihari siang aje kak aku tue p melawat anak dia. Bila malam akan ditinggalkan kepada 2 org bibiknye. Hehehe

Rabu
~Anak buah aku – Aap, borink dok sorang-sorang kat umah. Hari ni dia meluangkan masa lepak kat office aku. Aku kat office pn dok sowang-sowang. So, tak de hal la lepak kat cni. Sambil lepak sambil aku ajo dia math darjah 4-5. Yang aku plak main Sodoku. Game yang diperkenalkan oleh kak Ella. Mula-mula aku pn tak reti main, tp bila dah tau main terasa best sgt. Aku penah dengar & tau pasal game nie, tapi aku tak penah nak try main pn. Alasannya sbb aku tak minat nak amik tau. Tapi bila ada buku dia kat depan mata makin seronok plak bt. Khusyuk je. Bukan aku aje yang suka. Anak-anak buah aku pon sama. Seme dah tau main. (jauhnye aku terpesong ye!). Sambung cite tadi, Aap lepak kat office aku sampai aku balik. Dia datang kayuh beskal. Aku balik jalan kaki. Kebetulan kat umah, Kak Bib nak masak gas plak habis. So, tergendala la agenda dia nak masak. Hehehe. Bila aku balik umah baru la hubby aku bangun g kedai. Then aku tolong la dia masak serba sikit. Malam tue, giliran Kak Bib plak untuk menggantikan Husna & Anis. Kire ni jaga berganti-ganti la. Kebetulannya malam tue juga hubby aku tak cuti macam selalu. So, tak de lah apa-apa agenda untuk aku. Mula-mula plan juga nak kuo g tengak wayang larut malam. Nak bawa kak Bibah tapi tak jadi. InsyaAllah, kalo de hari yg sesuai aku nak g tengok ‘Beverly Hills Chihuahua’ plak pas nie. Hehehe. Oleh sebab malam tu turn kak Bib yang jaga, Husna & Anis balik umah. Malam tue juga, sekali lagi aku & budak2 tue tak tido dok main ‘Monopoly’ smpai kol 3 pagi. Bole kata sampai hubby aku balik keje barulah kami nak g tdo. Rasanya kalo ye balik lewat, lewat jugalah kami tdo. Kihkihkkih.

Khamis
~Aktiviti hari ni pn tak de buat ape-ape. Cuma aku ada appointment ngan mamat insurance pasal insurance aku n hubby aku. Katanya nak jumpa kitorang kol 1 tghari. Aleh2 dia ade hal then jumpa aku kol 3 kat office. Kebetulan sebelum mamat tue datang kak Ella & sume anak buah aku datang cni. Derang nak g lunch. Aku & hubby aku lom lunch lg, punya la tunggu mamat tue datang. Dia datang je terus bincang ngan hubby aku. Aku tak de amik pusing pn. Sbb aku dah tau apa yang mamat tu sampaikan. Dok kat cni kalo tak de insurance susah. Sekurang-kurangnya ada sikit jaminan kalo aku jadi apa-apa nanti. Ye dak?. Lame ar gak dok sembang-sembang, anak buah aku datang. Beramai-ramai melepak kat office aku. Then, mamat tue mintak diri nak balik. Dia nak jumpa hubby aku pun untuk dia serahkan medical card & polisi insurance yang dah setaun lebih tak bagi. Hubby aku plak jenis yang tak kisah kalo ada ke tak de ke same je. Yang penting ada backup insurance. Derang sume lepak sampai masa aku balik keje. Ruang luas, aku plak dok sorang kat cni. Just imagine cane budak2 tue memenuhkan ruang. Gumbira bangat. Cam tak penah datang jerk. Hohoho. Bos aku memang bila time petang je dia tak de. Kalo dia ada pn tahan la kot lebih kurang sejam 2. Pastu hangat bontot la nak kuo g site. Hehehe. Malam tadi jugak, kak Ella aku amik aleh menjaga Syafiah. Kalo tak silap aku, doctor de bgtau yang Syafiah boleh discharge esok. Tak sabar nak sambut kepulangan Syafiah kerumah.

~kejadian yang sempat aku rakamkan di office~
~jangan marah na! kek g kene juai ;p~

Jumaat
~Kak Bib dah balik semalam. Macam-macam cerita yang aku dengar time derang menjaga Syaiah. Seronok je. Masing-masing ada cerita. Dan cerita terbaru adalah, Syafiah tak dapat discharge hari ni. Tapi, InysaAllah esok. Kak Ella baru je bgtau kat aku tru msg pagi tadi. Nampaknya dia lagi la kena jaga Piah ‘Pink-Pink’ tu utk sehari lagi. Dan aku juga baru mendapat panggilan telepon yang mengatakan ada jemputan balik kerumah kerana makanan untuk lunch dah siap. Kekadang aku alah malu balik kat kak aku tau. Sebabnya, derang yang masak untuk aku yang dah sedia besaq nie. Bila balik keje je lauk apa sume dah terhidang bawah tudung saji. Bukan aku tak reti masak. Aku tau masak,tapi aku bukanlah mudah utk balik setiap hari untuk masak dikala time aku rehat. Oleh itu, jalan yang paling mudah untuk aku & hubby adalah mengunjungi restoran yang berdekatan. Hohoho. Tapi kalo hari cuti aku mesti masak. Kalo tak rugi la pengetahuan memasak aku. Hanya time-time camtu jelah yang aku ada pon. Isnin sampai sabtu aku kerja. So bila lagi aku nak berbakti kepada mureka kan…paling kurang pon aku masak air je kat umah. Kakaka.

~kang kalo de latest news akan dikhabarkan kemudian eah.

0 comments: