Wed, 10th December 2008

Dah 2 hari aku sakit perut. Asyik g 'bank' je. Bukan aku saje plak tue bole kata anak buah aku pon sama. Nak kata aku silap makan, makan apa la sangat 2 hari ni melainkan nasi impit & kari ayam buatan sendiri. Tak smp 2 hari kari tu dah habis disebat. Takkan sbb tu aku sakit perot kot. Owh ye!malam selasa ari tue kakak aku da bawak balik sedikit makanan dari kampong. Antaranya nasi ape ntah (mone biru - slank mastura), sup tulang, jelatah & kari ayam mak aku buat. Kari ayam aku tak sentuh sangat. Aku hanya makan nasi sebab kelaparan walaupn petang tu aku dah makan nasi impit ngan hubby aku.

Subuh kelmarin bermula lah drama pergi ke 'bank'. Mak aih...sakit memulas-mulas weh. Macam ada apa jerk kat dalam perut nih. Dan start dari kelmarin jugak la anak buah aku pun terjangkit same, sbb derang pon makan nasik tue jugak. Pastu, bila serentak sakit perot makanya sama-sama lah juga mencari 'bank'. Hahahahaha...lawak siot. Time tu baru la terasa macam bilik air tak cukup & sume jadi tak kena.

Alhamdulillah, hari ni dah kurang sakit sket. Mungkin sbb dah buang 3/4 isi dalam kantung. Pagi tadi aku dah minum siap2 'teh kelat' utk kurangkan kesakitan aku. Biasanya kalo aku sakit perut macam ni, tak de ubat yang aku makan. Mak aku ajar kalo nak kurangkan c**** b**** tu minum la air teh kelat. InsyaAllah,akan berkurangan. Sememangnya berkesan.

Hari ni, anak buah aku Syafiah telah dimasukkan ke wad atas tahap kesihatan yang tak berapa stabil. Kakak aku cakap, sepatutnya OP dia dijalankan hari ni, tapi aku dimaklumkan bahawa OP dia ditunda. Tak tau bila. So, utk ari ni dia stay je dulu kat sana. Aku doakan anak buah & kakak aku tabah mengharungi dugaan ini. InsyaAllah, ada sinar kebahagiaan & kegembiraan di kemudian hari.

Lagi nak cite ape eaks...

Owh ye!esok cuti kan?bestnya. Ntah kenapa sekarang ni aku lebih rasa nak cuti dari keje. Mungkin sbb akhir tahun kot. Jelez nengok anak buah dok kat umah. Rasa cam nak join je ngan derang. So, utk esok aku & hubby planning nak membawa anak buah aku g main game kat tempat yg selalu kitorang lepak. Lagi pn aku nak g beli sekali barang-barang dapor yang dah sedia zero. Huhuhu. Meh ar join.

0 comments: