Fri, 6th February 2009

Lama sudah aku tak menjenguk & mengepost sesuatu kat blog ni. Bukan apa, sebabnya minggu lepas aku kebizian sikit. Mana taknye, CNY tempoh hari bos aku soh aku bercuti seminggu. Ikutkan hati ni tak de plan pn nak bercuti. Nak siapkan keje je. Tapi dah sume department cuti. Aku pn tak terkecuali.

Untuk cuti CNY minggu lepas, aku n hubby tak de plan pn nak kemana2. Kami hanya balik umah mil aku kat Kepong sambut CNY, itu pun pegi pada pagi tahun baru. Tak denye nak makan2 besar. Huhuhu. Nak balik kampong lak, mak aku ade kat cni. Kalo ikut plan asal sepatutnya CNY kali ni kami pergi ke Kuantan, tapi apakan daya ada beberapa masalah teknikal terpaksalah di cancelkan aje.

Dan untuk cuti taipusam isnin nih, co aku tak cuti pn. Sememangnya aku tak merancang untuk kemana2. Melainkan meround2 kt Jusco myb la kot.

Masa aku kat umah mil – CNY ritu, aku de la lepak kt Jusco nengok cite “Ink Heart”. Tu pn tak tau pilih nak tengok cite ape. Hubby aku nak nengok cite “Underworld 3; Rise of the Lycans”, tp yang aku ni plak nak tengok cite ink heart. Mula la plak masing-masing cari pendapat untuk tengok cite pilihan masing-masing. Last sekali hubby aku yang beralah then kitorang pn nengok la cite ink heart.

Nyesal aku pilih untuk tengok cite ni. Tak beh langsung. Mule2 tue cam tak paham aje rope jalan citenye. Pertengahan cite aku dah mula paham. Ni 2nd time aku masuk panggung rasa nak terlelap. 1st time time tengok cite “Cicakman; Planet Hitam” memang ngantuk gile. Aku gagah kan la jugak nengok walaupn mata dah stim. Hehehe. Memang tatak siok woo. Rugi je aku tengok cite nih. Nape la aku tak ikut je ckp hubby aku p tengok cite Underworld tue. Hishhh!

Kua panggung je hubby aku dah siap puji2 lagi betapa ‘beh giler’nya cita ni. Kat dalam tu dia memang dah siap tdo. Dalam kete je aku pn membentangkan balik apa yang aku tengok & faham mengenai cite tersebut. Filem jenis berat cm gini memang susah nak faham kalo tak menghayati betol2.

Kami balik ke S.U, tak jadi nak tdo kat umah mil aku. Sebabnya, kami tak bawak baju salin. Malam tue kat umah hanya tinggal kami berdua je. Mak, Kak Ella pergi ziarah nenek yang uzur kat Perak. Pada mulanya aku nak turut serta pegi sana. Oleh sebab hubby aku berat hati nak melepaskan aku & aku plak rasa tak patut kalo hubby aku sorang je yang balik raya kt umah mil, aku tak ikut la.

Hari rabu tadi pulak, kami sekali lagi pergi ke tempat lepak kami tue. Kali ni aku nak tunaikan permintaan hubby aku yang nak sangat tengok “Underworld 3; Rise of the Lycans”. Memang tak dapat di sangkal lagi. Cite ni memang best. Best ya amat. Sememangnya tak rugi hubby aku ajak tengok cite ni dulu. Haiyaa. Hubby aku senyum meleret je bila movie pilihan hatinya best. Huhh nyampah tau!

Ermmm, apa lagi yang aku nak cite heh. Rasanya ni jelah kejadian yang terjadi selama 2 minggu nih. Minggu depan next entry plak eh. Tu pn kalo de cite terhangit ke kan. Hekhekhek

Daaaaa~

~ Hatiku teringatkan kampong halaman yang dah lama tak jejak. Windu aihh.

0 comments: