Wed, 18th February 2009

Alhamdulillah, akhirnya selamat juga aku pulang walaupun mata ini masih kelat mengantuk hingga ke hari ini. Namun apa kan daya, aku kena jugak datang kerja. Kalo ikutkan hati ni nak je sambung tido lagi. Huhuhu.

Mesti ada yang tertanya-tanya kemana aku & bonda pergi kan?hehehe. Sebenarnya, aku balik kampong. Sudah terlalu lama aku rasa tak menjejakkan kaki ke sana. Kebetulan juga bonda ada menyebut tentang pulang ke kampong. Sememangnya tanpa planning aku g je cari tiket bas pada hari khamis. Alhamdulillah, tiket masih ada.

Pada waktu yang sama, bonda aku berpesan supaya tidak menghebahkan kepada family tentang kepulangan kami nanti. Maka, aku turutlah bersubahat dalam plan ‘baek punya’ bonda nih. Hehehe. Yak ampunn!!bukan tak mo habaq, tapi aku patuh mengikut arahan. Hakhakhak.

Pada jumaat malam sabtu, pukul 11 malam kami bertolak pulang. Hubby aku tak turut serta sebab dia kerja. So, hanya aku aje yang balik ngan bonda. Sampai d PB dan umah kak Bib dah pukul 3.02 pagi. Sesampai je umah ye, cuak jugak kami kalo kat umah takde sapa2. Mana la tau kan main terjah je kot2nye tuan umah tak de di rumah tak ke haru kami pagi tue. Nak dok kat mana sementara tunggu hari siang.

Pada mulanya, dia seperti tak percaya yang aku & bonda sudah berada di belakang umah ye. Memang gempak habis. Hehehe. Dari masuk umah sampai la ke siangan kami tidak tidur. Berborak sakan. Itulah yang aku suka bila balik kampong dapat jumpa adik beradik & anak buah semua. Terlalu best tapi sedey kerana aku bercuti hanya untuk 2 hari je. Nak buat camne kan, aku dok cni pn nak mencari rejeki. Ada masa aku balik la lain kali pulok. Tak gtu?

Aku balik pada ahad malam senin, naik bas kol 11.59 mlm. Aku ingatkan tak de lah ramai yang nak ke KL. Rupanya penuh 1 bas. Ye lakan, time aku balik tue, bukan ada cuti apa2 pon. Tu pun bas leh penuh ke. Ishk2

K lah, nak kuo ni. De keje sket. Aku semakin menampakkan kemalasan aku untuk mengapdate blog ni selalu. Kihkihkih. Lantak la. Lagi pun saja je nak mengisi masa terbuang yang melampau kat opis.

Daaa~

0 comments: