Fri, 12th December 2008

Yuhooooo....
Anybody home!

Suasana yg sejuk + mendung membuatkan aku bertambah mengantuk. Malam tadi aku tdo cam biasa jerk. Mana ada tdo lambat. Kalo jam pukul 12 tue dah kira biasa la baru nak cari bantal & tilam. Hohoho

Tengah-tengah aku dok sedap mmp ke hapa aku terdengaq bunyi salakkan anjing. Terkejut jugak aku sbb bunyinya yang sungguh dekat. Aku ckp dalam diri aku

"Ni mimpi ke kenyataan nih??" sbb apa tau aku cakap cam tue...

kelmarinkan public holiday untuk negeri Selangor, so seperti yang plan kami kuo pagi (pagi la sangat - koi 11.30). Tapi still lagi decide nak pergi mana. Kalo ikut kak aku, dia nak ajak kami sume p main bowling kat Sunway Piramid tak pn p Mid Valley je naik komuter. Aku tak kisah, sbb aku ngikut je kemana org mau bawa. Hehehe
Hubby aku buat keputusan p jalan-jalan kat Jesco tempat lepak kami. Lagipun dekat sket nak balik & yang penting tak sesak.

Kebetulannya petang kelmarin tiba giliran kak aku kena jaga Syafiah. So, kira mudah la sket nak anta kak aku walau terlambat pn. Owh ye!Cik Piah kita masih belom d OP. Tak tau jugak bila. OP yg sepatutnya di jalankan kelmarin ditunda lagi. Cian Cik Piah tu kena puasa. Padahal tak de OP pn. Tak pe Piah, kuatkan semangatmu yer!

Sambung balik pada cerita, sampai kat Jusco. Anak-anak buah aku dah melompat2 tak sabaq dengan gumbiranya. Masuk je kat dalam tue, kami lepak lu kat kusi bawah. Bagi la si Mastura & Adam main moto binatang. Adam naik arnab, Mastura naik gajah. Gajah yang dinaiki oleh mastura begitu slow sekali. Kekekeke...Manakala arnab adam begitu laju sampai beberapa kali terlanggar tiang. Tapi yang pastinya mukanya yang skema & no impression tu best btol. Macam tak dak apa je berlaku di+ plak ngan mata yang lebam sebelah. Just imagine! Orang kalo naik atas menatang tue, kena la control sama ada nak ke kiri atau ke kanan. Ni tak, dia dok nak tawaf tiang ja. Kihkihkih.

Pas bagi peluang pada anak buah aku yang kecil, tiba giliran plak pada anak buah aku yang besar sket. Hari tu dalam entry lepas kami pergi sana tapi tak berkesempatan nak main. Punya la suka tak terkata. Main apa ntah, adam & mastura aku bagi derang main bowling kecil. Perghh!best tengok gaya Adam yang main dapat strike. Baling straight je. Walaupn plan nak main bowling kat Sunway Piramid tidak berjaya. Tapi, kira oraite la kan dapat jugak temankan depa main bowling kanak-kanak. Wakakaka~
Anis & Aap dah menghilang ntah ke mana. Dah main kot.

Kol 1.30 ptg, perot pn dah bunyik. Time nak makan ni pon 1 hal jugak. Kalo p sana mesti aku tak tau nak makan apa. Kadang tu teringat nak makan yg lain. Tapi bila sampai sana mesti terbeli makanan yang dah biasa dimakan. So, kelmarin aku n kak aku makan tenpayaki, manakala hubby & anak buah aku pilih utk makan nasi kat dalam pot. Untuk Adam & Mastura aku pilih french fries & mushroom sup je. Kak aku plak beli sushi. Dah lama benar aku tak makan sushi. Last makan pon time aku p makan kat Sushi King Jusco tu la jugak. Makan sambil lepak memang best. Tambahan plak tak ramai orang sangat. Nak dok bapa lama pon tak kisah.

Habis je makan, malas plak nak bangun. Oleh sbb, masa lama lagi sblm nak hantar kak aku so, aku pn ngajak la derang g tengok wayang. Ada can la aku nak tengok Bolt. Hehehe. Mula-mula takut jugak tiket Bolt tak de time petang-petang nie, then bila cek ada. Huiyoooo...pucok d cita ulam mendatang sey!aku dengan riangnya membeli lah tiket bawak masuk sume termasuk kak aku sekali. So reramailah ahli kerabat aku kat dalam panggung. Tiket start kol 3.30. Kami menunggu selama sejam kat sana. Oleh sbb terlalu lama tunggu, kak aku & anak2 dia duduk atas lantai. Santai gile sambil tengok tv. Ada pic tapi kat dalam hp kak aku. Nanti dia balik aku leh la uploadkan. Wakakaka.

Walaupn baru pas makan tadi, tapi kami still lagi beli popcorn n air. Macam kelaparan tahap apa jah. Kalo tak silap aku, 7 bungkus popcorn kami beli. Bole kata kat dalam tue dapat popcorn sorang satu la. Kali ni kami beramai2 dok kat kusi tepi dinding. Macam tak best je tengok dari citu. Ramai gak orang tengok Bolt. Hubby aku dah bgtau awal2 kat anak buah aku, kalo bole minggu depan nak datang lagi. Tapi kali ni nak tengok tayangan malam plak. Hohoho. Masuk dalam, hubby aku hanya sempat tengok awal cerita je. Pertengahan cerita sampai ke hujung dia zZzZzZz. Kuikuikui. Aku tak kisah pun ye tdo janji jgn berdengkur dah la. Kalo tak, aku tak ngaku suami. Hahaha. (aku tak de lah zalim sangat nk buat cmtue).

Bis cite, turun balik kat area game tadi. Kali ni anak buah aku nak main lagi beberapa round. Katanya nak bg habis token derang. Untuk ngelakkan aku borink, aku pn join main. Tapi aku pilih bahagian game org dewasa la. Main tak lama mana, then token aku pn habis. Aku tengok plak anak buah aku main. Token derang ada lagi. Aku, kak aku, Anis & Aap main hoki tangan. Pergh!!best tue. Aku & Anis Vs Kak aku & Aap. Ya Allah, main punya best sampai lenguh-lenguh tangan aku. Dari 1 round sampai 3 round. Gaya memang macam tak mo balik. Hehehe. Tapi nak tak nak kena gak balik sbb jam dah koi 6 lebih.

Singgah anta kak aku kat spital, kami terus balik umah. Balik umah sume dok bergelimpangan keletihan. Letih kerana main game. Tu pun ada yang tanya bila nak ke ctu lagi. Fuhh!memang puas aku berhibur kelmarin. Pasni aku nak bawak lagi anak2 buah aku main kat ctu. Aku pn tak tau bile. sbb aku nak kena kumpul dwet banyak2 then p berjoli sakan cmtue. Hahaha..kan best!

~Sambung plak cite entry kat atas tadi, bunyi salakan anjing yang aku dengaq tue sama macam salakan anjing kat dalam cite Bolt tue. Tue yang membuatkan aku ni terpikir samada aku mimpi @ itu memang kenyataan. Dah la anjing Bolt tue comel. Rasa macam nak pegang-pegang je. Anjing yang aku dengar tue adalah anjing benar. Anjing tu p salak kat umah jiran sebelah. Jiran sebelah tue bela lintah. Myb dia bau bangkai kot.

Weh letih la menaip ni....jam dah koi 5 lebey...nak balik nih!

bubai...dada~



Wed, 10th December 2008

Dah 2 hari aku sakit perut. Asyik g 'bank' je. Bukan aku saje plak tue bole kata anak buah aku pon sama. Nak kata aku silap makan, makan apa la sangat 2 hari ni melainkan nasi impit & kari ayam buatan sendiri. Tak smp 2 hari kari tu dah habis disebat. Takkan sbb tu aku sakit perot kot. Owh ye!malam selasa ari tue kakak aku da bawak balik sedikit makanan dari kampong. Antaranya nasi ape ntah (mone biru - slank mastura), sup tulang, jelatah & kari ayam mak aku buat. Kari ayam aku tak sentuh sangat. Aku hanya makan nasi sebab kelaparan walaupn petang tu aku dah makan nasi impit ngan hubby aku.

Subuh kelmarin bermula lah drama pergi ke 'bank'. Mak aih...sakit memulas-mulas weh. Macam ada apa jerk kat dalam perut nih. Dan start dari kelmarin jugak la anak buah aku pun terjangkit same, sbb derang pon makan nasik tue jugak. Pastu, bila serentak sakit perot makanya sama-sama lah juga mencari 'bank'. Hahahahaha...lawak siot. Time tu baru la terasa macam bilik air tak cukup & sume jadi tak kena.

Alhamdulillah, hari ni dah kurang sakit sket. Mungkin sbb dah buang 3/4 isi dalam kantung. Pagi tadi aku dah minum siap2 'teh kelat' utk kurangkan kesakitan aku. Biasanya kalo aku sakit perut macam ni, tak de ubat yang aku makan. Mak aku ajar kalo nak kurangkan c**** b**** tu minum la air teh kelat. InsyaAllah,akan berkurangan. Sememangnya berkesan.

Hari ni, anak buah aku Syafiah telah dimasukkan ke wad atas tahap kesihatan yang tak berapa stabil. Kakak aku cakap, sepatutnya OP dia dijalankan hari ni, tapi aku dimaklumkan bahawa OP dia ditunda. Tak tau bila. So, utk ari ni dia stay je dulu kat sana. Aku doakan anak buah & kakak aku tabah mengharungi dugaan ini. InsyaAllah, ada sinar kebahagiaan & kegembiraan di kemudian hari.

Lagi nak cite ape eaks...

Owh ye!esok cuti kan?bestnya. Ntah kenapa sekarang ni aku lebih rasa nak cuti dari keje. Mungkin sbb akhir tahun kot. Jelez nengok anak buah dok kat umah. Rasa cam nak join je ngan derang. So, utk esok aku & hubby planning nak membawa anak buah aku g main game kat tempat yg selalu kitorang lepak. Lagi pn aku nak g beli sekali barang-barang dapor yang dah sedia zero. Huhuhu. Meh ar join.

Sun, 7th December 2008


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada muslimin & muslimat.

Hari ni, (malam tadi terutamanya) aku terasa teramat sunyi & sepi. Lain benar perasaan ni bila dok sorang2 sambil teringatkan kampung nun. Dah la anak-anak buah aku tak de (dah blk da!). Rasa cam nak balik ari ni jugak. Tapi apakan daya, bole kata dah 2 tahun berturut2 aku raya di S.U tahun ni & tahun lepas. Tahun lepas leh la dikecualikan sbb bonda berangkat ke Makkah tapi tahun ni aku tak balik kampong sbbnye aku tak pdt nak cuti panjang & ujung bulan nanti aku akan balik juga ke kampong. Oleh itu, aku terpaksa la mengorbankan hari raya aku (kira korban la jugak kan?korbankan perasaan. Hehehe).

Dalam sejarah hidop aku, tak pernah lagi aku beraya berjauhan begini. Aduhhh..perasaannya cukup membuatkan aku sedey. Rasa cam tak happy & segalanya. Tapi dalam aku dok sedey sbb tak balik kampong pon aku cukup bersemangat dalam membuat persiapan raya. Hehehehe. Hari ni aku dah berjaya membuat sebiji kek marble. Rasanya ntah la. Main taram je. Pastu petang tadi aku dah siapkan Kari Ayam. Then, sekarang ni plak aku tengah merebus nasi impit segera. Hehehe.

Bukan aku sorang saja yang terasa bersemangat. Hubby aku pon same. Bersemangat sekali mengemas rumah. Macam la nak sambut raya Aidilfitri. Walau apa pon, kita musti bersemangat menyambut kedua-dua perayaan agama kita. Yeahhhh!semangat nih!

Ni ada pic lauk2 yang aku masak tadi. Nak kata sedap, kang orang kata kita masuk bakul angkat sendiri plak. Kalo nak tau sedap ke tak meh la ke umah aku sok! Hakhakhak...Tapi kalo tak sedap tue, jangan kutuk lak eaks.




Wed, 3rd December 2008

Hari ni adalah bufday anak buah aku no. 3 - Ahmad Azizi Yamin b. Anuar. Maka, genaplah juga umornya 14 tahun.



Selamat hari lahir acu ucapkan. Belajar rajin-rajin ye!. Jadilah anak yang soleh. Nanti bile dah dapat gaji besar jangan lupekan acu mu ini. Hukhukhuk (ingat ke tak ye)

Untuk hari ni aku & hubby telah memplankan diri dengan membawa alif, aap, anis, adam, mastura & syafiah kuar g jenjalan. Salah 1 sebabnye juga aku nak celebrate bufday hubby aku. Ye la tue…celebrate hapenye kalo hubby aku yang bayar. Wakaka. Abang, ayang minta maaf, gaji tak kuo lagi so belanja/hadiah postpone taun depan. Hakhakhak (cam ape je).

Oleh sebab aku teringin sangat tengok filem ‘Bolt’. Aku pun mengajak la hubby aku tengok cite tue pas aku habis keje. Aku dengan rasa yang tak sabarnye menunggu. Kebetulan keje aku dah settle. So, ade la rasa sikit bohsan. (tak sabaq sangat ni). Pukul 12 aku siap remind balik kat anak buah aku tu supaya bersiap awal. Ramai tu anak buah yang ikut. Kalo tertinggal 2 3 barang, payah dah nak patah balik.

Pukul 5 seperti yang dijanjikan. Aku dengan bestnya menunggu hubby aku amik kat depan office. Ni sume sbb cite animasi tue la. Pas amik aku, kami g amik kak aku plak kat office ye. Aku ingatkan ye kuo kol 5.30 kire ada masa la lagi nak dapatkan tiket tayangan utk kol 6.30ptg. Sampai je sana, dia bgtau dia kuo kol 6. Setengah jam lagi kene tunggu. So, kami tunggu la dalam keta yang isinya cm sardine tin tue. Hahahaha

Sampai JuscoKepong lebih kurang kol 6.30 lebih la. Aku pn tak kisah la kalo terlepas tayangan pon. Janji aku pegi sane nak bergumbira ngan anak buah aku. Gpun, derang dah nak balik. So, untuk keseronokan terakhir b4 derang balik ini saja yg dapat kami beri.
Cek schedule rupenye Bolt akan ditayangkan kol 11.30 malam. Aku tak dapat nak tunggu lama sbb kami bawak baby. Cian la kat kak aku & syafiah kena tunggu lame nanti. Derang tak join masuk. So, kene la menunggu.

Cite yang kami tengok adalah “Madagascar 2; Escape Africa” . Tiket utk kol 7.30 malam. Kire ok la tue. Tak de la lame sangat & still boleh balik awal lagi. Kami bawa aap, alif, anis & mastura masuk.


Suke je aku tengok derang kat dalam tue. Masing-masing sejuk. Bile time lawaknye tu yang aku tak tahan. Ketawa sampai nak pecah perut. Hehehe. Alhamdulillah, aku telah berjaya mengembirakan anak buah aku. Derang sume terhibur sampaikan dah terlekat trade mark cite nie. “You Got To Move It, Move It”.

Habis cite ni baru aku teringat pasal cite Bolt. Aku tak rasa nyesal pn tengok cite Madagascar nie. Tapi InsyaAllah, kalo ada umor lagi aku nak tengok cite Bolt pujaan hatiku plak. John Travolta tue. Kami turun plak ke food court. Saling2 lapar lom makan. Time nak memesan plak. Sume jadi tak tau nak makan ape. Banyak sangat hidangan. Last2 sume pilih utk makan nasi. Dah seharian tak makan + bergelak ketawa kat dalam panggung sudah tentunya lapo wehh. So, tunggu apo laie, kita makan dulu. Hehehe.

Bis makan plak, ingatkan dapat aku nak ajak derang g main kat bahagian permainan. Aleh2 kaunter utk jual token dah tutup. So, tak dapat la derang nak main. Cian plak aku tengok. Tapi sekurang2nya aku dah menggembirakan mereka sebentar tadi.

Dah tak tau nak buat pe, masing2 dah letih berjalan+makan+lepak. Nak tunggu ape lagi, moh kite balik umoh le weh. Sampai umah pon dah dekat kol 11 lebih.

Tak sempat nak rehat lame2. Hubby aku plak ajak main ‘Monopoly’. Mak aii…letih tadi masih berbekas lagi dah diajaknya main. So, utk memeriahkan suasana aap & anis turut serta. Main-main tak sedar jam dah dekat pukul 2. Aku dah memang tak larat nak teruskan. Kami sebulat suara mengambil kata sepakat untuk berhenti. Pas kire2 tanah, rumah & hotel sume, akhirnya aku yang ditabalkan sebagai Millionaire. Hehehehe. Best tue. Hubby aku kalah 3k je ngan aku. Geram amat ye kalah tipis ngan aku. Hakhakhak.

Dah elok2 habis kemas barang-barang. Mata plak tak mo lelap. Hubby aku kalo malam dia memang cam burung antoo. Sbbnya dah terbiasa berjaga malam (bekerja lah). Aku kena pk jugak. Sok aku nak keje. Adehhh! Sah2 la aku akan ngantuk di office. Bertambah malas la aku.

Dia ajak g beli roti & ais kat 7-E, aku memang tak lalu dah nak ikut. Tapi ye nak aku teman. Cam ape lagi. Sebelum ni tak de pe pn yg nak d temankan. Ngalahkan budak2. So, rela dalam terpaksa aku turuti jua. Hohoho. Aku pun just temankan aje. Tak turun pn dari keta. Alasannya, aku pakai baju buruk. Kekeke.

Balik umah, tergendala lagi agenda aku untuk tdo. Kene buat air la plak. Isshhh..cam sengaja tau nak kenekan aku. Pas je aku buat air. Aku dengan bestnya melendingkan diri aku. Then terus aku hanyut zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz….hakhakhak…

Sekian.......

Tue, 2nd December 2008

SELAMAT HARI LAHIR

Selamat hari lahir
Ku ucapkan kepada mu
Semoga yang Esa panjangkan umurmu selalu
Betapa riangnya menanti di saat ini
Ku harap kita dapat meraikan bersama-sama
Di sisi teman-teman

Selamat hari lahir
Sekali lagi ku ucapkan
Kini usia telah
Mendewasakan dirimu
Kini kau menanti pelangi kehidupan
Secerah mentari memancar buni ini
Tak dapat melupakan kenangan manis

Sambut-menyambut mesra penuh keriangan
Berdendanglah iramaku dengan mesranya
Harijadimu yang paling bahagia
Tak dapat kulupakan buat selamanya

Tiap detik beredar silih berganti
Hanya setahun sekali kau menanti
Bagaikan sejarah tersemat di sanubari




Maka, hari ni genaplah umur abang saya 32tahun. Cepat benar masa berlalu. Tahun demi tahun. Hari berganti hari. Ayang doakan semoga Allah murahkan rezeki & keluarga kita memperoleh kebahagiaan, kesejahteraan & keberkatan di dunia & di akhirat kelak. Ameen~

Mon, 1st December 2008

30 Real Feelings of Girl

1. When a girl says she's sad, but she isn't crying, it means she's crying in her heart.

2. When she ignores you after you've done something wrong, it's best to give her some time to cool down before touching her heart with an apology.

3. A girl can't find anything to hate about the guy she loves (which is why it is so hard for her to 'get over him' after the relationship' s over.)

4. If a girl loves a guy, he will always be on her mind every minute of the day, even though she flirts with other guys.

5. When the guy she likes smiles and stares deep into her eyes, she will melt.

6. A girl likes to hear compliments, but usually not sure how to react to them.

7. When a particular guy flirts with a girl very often, a girl would start thinking the guy likes her. So if you treat a girl just as a friend, go easy on the smiles and stare ok?

8. If you don't like a girl who likes you, break it to her gently.

9. If a girl starts avoiding you after you reject her, leave her alone for a while. If you still treat her as a friend, talk to her.

10. Girls enjoy talking about what they feel. Music, poetry, drawings and writing are ways of expressing themselves (which explains why most girls like writing journals).

11. Never tell a girl that she is useless in anyway.

12. Being too serious can turn a girl off.

13. When the guy she likes calls her for the first time, the girl may act uninterested during the call. But as soon as the phone is back on the hook, she will whoop with joy and immediately start telephoning her friends to spread the news.

14. A smile means a lot to a girl.

15. If you like a girl, try making friends with her first. Let her get to know you.

16. If a girl says she can't go out with you because she has to study, leave.

17. But if she still calls you or expect a call from you, stay.

18. Don't try to guess a girl's feelings. Ask her.....

19. Hearing the words "I love you" is a great reassurance to a girl that she is beautiful.

20. After a girl falls in love with a guy, she'll wonder why she never noticed him before.

21. If you need tips on how to flirt with a girl, read romance stories.

22. When class pictures come out, a girl would first check who is standing next to her crush before actually looking at herself.

23. A girl's ex-crush will always be in her memory, but the guy she loves now stays in her heart.

24. Girls love having fun!

25..... A simple 'Hi' can brighten a girl's day.

26. A girl's best friends usually know best what she is feeling and going through.

27. Girls hate it when a guy pays attention to them just to get close to their 'prettier' friend.

28. Love means devotion, caring and happiness to a girl, in that order.

29. Some girls care about looks, some care about brains, but ALL girls want a guy who will love and care for them.

30. Girls want nothing more than to feel loved.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kelmarin, pas anta mehan ke stesen komuter. Aku, jef, kk ela & sal singgah g jenjalan kt Subang Parade. Pergh!!!dah lama tak p sana. P pon tak de bt apa, saja window shopping. Lepak dari kol 1.30 kot sampai la kol 4 petang, baru rase nak balik umah. Kire ok la tue, aku dah kuo utk minggu lepas. Takde lah aku kebohsanan d ujung minggu. ;p (janji aku kuo umah, mati kutu wei...)

Eeiii..tak sabaqnya nak tunggu tengah malam nie... jeng jeng jeng...tunggu!