Tue, 20th January 2009

Tagged by Krsty-pinky

PERATURAN TAG

1. Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda...

2. Pada yang belum berkahwin plak, postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri... contohnyer perkahwinan X-kekasih ker, kawan baik ker, artis populer ker.. tak kiralah, asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...

3. Jangan edit2 tau gambar2 tue.. kalau banyak postkan gambar2 lagi bagus o.k tu jer, senangkan...




~ Sume hutang tag dah di langsaikan. Lega tol. Huhuhu...

Fri, 16th January 2009

Adehhh...leteh banget nih!Aku baru balik dari meneman 2 orang pekerja baru company aku buat medical check up. Apa yang aku nak cerita hari ni adalah mengenai hal kesihatan.

Time aku temankan 2 orang pekerja ni tadi. Aku telah melihat 1 senario yang berlaku sekarang ni iaitu musim orang demam & selsema. Mak aiii...time aku kat KS tadi, punya ramai orang menunggu d panggil doktor. Sampaikan tak de ruang kerusi kosong untuk aku duduk. Tu belom yang datang selepas kami datang. Dah la kat dalam klinik tu panas. Aircond dia rosak kot. Just guna kipas dinding je. Bayangkanlah dengan umat yang ramai lagi sakit itu tak ke akan menyakitkan lagi. Mungkin bagi yang sakit tak terasa panas sangat. Tapi untuk orang yang tak sakit nih terasa la sangat panasnya + plak ngan aroma semerbak harumnya lagi la membuatkan aku terasa nak cabut ja balik ke office.

Tunggu punya tunggu dari pukul 9.30 aku kuo sampai kol 11.30 baru aku sampai office. Lama siott. Sementara aku menunggu tadi sampaikan aku leh pk, dari yang tak sakit cam aku nih leh sakit balik la. Dah la demam minggu lepas tu tak baik sepenuhnya. Kang tak ke haru kalo aku turut terlibat sama.

Kat umah plak, dari kak aku & anak dia pn dah terkena demam & selsema nih. Tapi tak de la sampai nak ke klinik lagi. Kalo keadaan derang makin teruk mayb akan dibawa juga tue. InsyaAllah, mudah-mudahan berkurangla.

lagi nak cite apa huh??! Sekarang ni camni lah, diharapkan kalian sume menjaga kesihatan disaat2 mentari akan menyinar dengan terangnya. Mungkin juga sekarang ni akan susah hujan sbb aku tengok hari dok cerah & makin panas ade la. Mendong tapi payah nak hujan. Dan aku plak seringkali mendoakan semoga hujan menyirami bumi tuhan ni tanpa henti. Sebabnya sejuk dowh tapi tak de lah sampai banjir. Huhuhu!

~Anak buah aku yang demam..nak main pn tak larat..sungguh kasihan!~

K ah, nak cin cau dah ni..taking care & dunt 4get minum air banyak2 weh!

Thu, 15th January 2009

Oleh sebab ari ni aku tak de keje disebelah pagi. Seperti yang aku janjikan aku nak upload pix semasa kami di Genting. Oraite la tue dari tak de gambar kenangan langsung kan. Enjoy!!

~Dalam London Bus...berangan!~

~Anak siapa yang hilang nih??!...sorry sayang~

~Kononnya ada di London la nih!kekeke~

~Babai abang!~

~Aku pn nak jugak bergambar kat dalam bus nih!hukhukhuk~

~Kawan2 aku menaiki Flying Coaster~

~Betapa happynya mureka!~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni plak hadiah yang aku dapat dari hubby aku! Huhuhu.
~Teka la apa isinya...;p~

~Subang nih aku beli sendiri daaa~

Sempat jugak kitorang submit jadi membership WorldCard Malaysia Genting City of Entertainment. Saje je apply sebab ianya percuma! Hehehe.

Wed, 14th January 2009

Hai hei hoi hui...

Udah lama aku tak update blog nih. Tak de sebab munasabab yang tertentu pn nape aku tak update. Sebab utama, malas + tak de cerita yang bessy. Tapi hari ni tetiba aku rasa nak mengomen pasal trip percutian aku ke puncak Genting ari sabtu tadi.


Hari tu aku g sane ngan kawan-kawan aku sekali. Percutian ni dah lama kami plan. Tapi baru tahun ni kami dapat merealisasikan (eerrkk!betoi ka ejaan aku nih?) plan tersebut. Best bangat dowh. Kebetulan pada hari tersebut jugalah kesihatan badan aku terganggu. Aku demam. Dengan kepala yang maha peningnya, mana la bole nak main permainan segala. Kuciwa tauu...tiket untuk all park aku rugi cam tu aje. Dah la sekian lama aku menanti saat itu. Aleh-alehnya aku demam. Haiyaaa!!tatak siok ooo...tapi ade la jugak game yang aku bantai je naik main. Hehehe...

Kawan-kawan aku enjoy gla main kat ctu. Ada antaranya tak penah pn g sana. Ini adalah 2nd time aku g Genting setelah 13 14 tahun aku tak p. Ye la, Genting zaman aku kecik & zaman sekarang ni dah jauh beza amat.

Dulu, aku pergi ngan kakak sulung aku. Dia yang selalu bawa aku meraound merata-rata tempat. Time tu plak, anak buah sulung aku baby lagi. Apa yang aku ingat pasal Genting time tu adalah aku di bawa menaiki kereta zaman Inggeris. Aku tak penah lupa. Sebabnya, bila orang tanya "Ang penah p Genting tak?" then aku dengan bangganya akan menceritakan yang aku penah pegi & naik keta tu. Hahahaha tak ke lawak namanya. Seingat aku la, dulu tu mana ada banyak game cam sekarang ni.

Lupe lak nak cite, kitorang g ke sana dari KL Sentral nek bas kol 8 pagi. Sampai sana lebey kureng kol 9.15 camtu lah. Sesampai je, terus cari outdoor play park dia. Bayangkan lah nak menghabiskan semua permainan dalam sehari. Kengkawan aku dah menghilangkan diri. Xcited betol. Sebenarnya, pala aku ni tak de lah teruk sangat peningnya. Tapi bila aku sedap2 tengah naik Sky Raider (ala yang boyan pusing tue) pala aku dah mula berdenyut-denyut. Tambah plak boyan tue berpusing. Lagi la menambahkan kepeningan aku nih. Turun je dari boyan tue, aku dah rasa nak muntah + macam2. Pening cm tak penah naik. Padahal aku dah naik benda alah tu banyak kali kat Pesta Penang.

Kitorang rehat jup. Aku decide untuk tak nak dah main game yang leh memeningkan pala aku. Nak kata serik tak, tapi oleh sebab kondisi badan aku yang dah tau tak berapa sehat terpaksa la jugak untuk katakan tak nak. Huhuhu...Aku soh hubby aku main, ye plak tak nak main sorang-sorang. Cian dia tak de sape nak temankan. Oleh sebab isteri dia ni tak terdaya nak main mainan yang lasak2, kami buat keputusan utk naik monorail. So, ni lah hasil kt dalam monorail tue..kihkihkih...jangan ketawa eaks!hahaha..geli hati. Lambat macam siput!

~Terlalu sejuk smp cmni jadinya!huhuhu~

Habis je naik monorail itu ingatkan nak tunggu naik Cyclone plak. Nak menunggu tu yang tak tahan bila tengok ramai orang berpusu2 ada kat ctu nak naik same. Kami p lak naik keta Inggeris yang kat atas nun. Hubby aku ada kata kat aku "Kali ni ayang yang drive, abang nak dok sebelah plak". Mula2 tue cm tak confident je nak bawak. Tapi disebabkan hubby aku yang teringin aku menjadi drebanya. Keta mainan ni pn bole la kan. Penah la juga aku membawanya. Hakhakhak. Part yang paling aku suka menaiki keta ni bila aku tekan pedal minyak dia. Bunyik tahap gaban punya kuat. Lagipn saje je aku tekan kuat2 smp nak tersodol bontot keta orang. Hahaha. Suke-suke.

Habis main, hubby aku dah bising lapar katanya. Mana tak lapar. Kami tak sempat nak breakfast pn. Dek kerana mengejar masa nak ke sana. Kami pilih untuk makan d KFC je. Hubby aku mencari nasi kat atas puncak nun. Pilihan yang ada hanyalah KFC saja. Yang lain tu lom tentu halalnya. Lepak punya lepak sampai la kol 2.30. Masa banyak lagi sebelum nak balik. Bas yang akan kami naiki untuk balik nanti bertolak kol 6 ptg.

Terlalu lama melepak kat KFC kitorang g merayau2 kat outdoor park. Sejuk bangat sih kat luar nih. Kalo bawak simut pn beh gak nih. Hahaha.

Sebenarnya, dalam pada masa aku meninjau di bazar kat outdoor park tu sempat lagi hubby aku membelikan aku hadiah yang kira suprice jugak la. Huhuhu. Sebabnya aku tak tau dia beli apa. Hukhukhuk. Nanti ada masa aku upload pix dia na.

Wow!panjangnya aku karang cerita kali nih. K lah, sampai cni dah la dulu. Ha, ada gambar korang cek la sendirik. Letih menaip. Apa yang aku merapu aku pn tak tau. Kakaka...

Bubai...

Wed, 7th January 2009

Pagi-pagi lagi bila aku buka blog je dah ternampak yang aku dah kene tag...sedangkan aku nak update wishlist utk new year ni pn blom lagi...ape-ape hal pon, selamat membaca ye!


Tag 1 – krsty pinky

1. What is your enthnicity?
= Banjar

2. What are your interests outside of fashion ?
= Travel & living (cam channel astro plak) huhuhu

3. Favorite musicians/bands:
= Banyak la...tp band melayu tak bape nak minat sgt kot

4. Favorite movies:
= Ermmm…apa2 aje movie yang aku rasakan best, lagi best kalo de unsur2 komedi + cinta…hukhukhuk

5. What do you plan to study? what do you plan to do for a career?
= Sambung blaja la…amik landscape design ke & yang berkaitan ngan landscape
= Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi...hohoho (cam penah dengaq ayat nih!)

6. How often do you shop?
= Setiap hari…beli paper, kuih, nasik lemak & brg dapor

7. Do you have a job/work?
= Mesti arr…tp kadang tue tak de keje jugak…huhuhu

8. How do you afford your clothes?
= Bekerja lah…takkan baju tu turun dari langit kot ;p

9. How do people react to how you dress?
= Ta tau la…kalo mak, hubby & kak aku tengok derang akan bg pendapat. Tp kalo aku sorang belasah je la nak pakai apa pn. Janji menutup aurat.

10. What are your summer plans?
= Banyak plan…tp tak tau la terlaksana ke tak…InsyaAllah…hehehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. THREE NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
= Abang
= Kak Ella
= Kak Bib

2. YOUR MAIN RINGTONE?
= Us Against The World by Cristina Millian

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
= Sembang ngan mak sambil menjahit kain

4. WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
= Hubby, g breakfast kat kedai Pak Ndak, S.U

5. THE COLOR OF THE SHIRT YOU’RE WEARING NOW?
= Baju kurung wane ijau, bercorak abstract

6. THE LAST THING U DID?
= Baca paper Harian Metro – Rabu, 7 Januari 2009

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
= Hp
= Tilam
= Bantal

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
= Puteh meh…lom ada masa nak tuko wone

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
= Ntah…puluh2 la jugak

11. YOUR FAVORITE CITY?
= Tg. Piandang (kampong halamanku)

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
= Going somewhere…hehehe

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
= Pagi tadi b4 g keje…

14. WHERE IS SHE NOW?
= Kat umah la wif hubby & Syafiah

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
= Sebelom g keje…

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
= Cda, my best buddy ever

17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT?
= Umah la…makan nasik + lauk

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
= Apo heh! Tak de ape rasanya kot…tak igt la..

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
= Money…to buy sumthing…hehehehe

21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
= Ahmad Jefri Chong B. Abdullah

22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
= Baik cam selalu…tp hari ni lagi happy,sbbnya keje yang bertimbun tue dah siap…leh la aku merilexkan diri…hahaha

23. WANNA SHARE WITH WHO?
= Sume orang yang mengenali…huhuhu

24. WHO KNOWS UR SECRET?
= Cda & Diary…hehehe

25. DO THEY KEEP UR SECRET?
= Yea…dah bertaun aku menyimpan rahsia bersama mureka…

27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
= Ada la sorang hamba Allah nie (yang pastinya bukan korang lah!)

28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
= Milo ais gelas besaq, Apple pie & Banana pie…hehehe

29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
= Bile ntah…kadang aku tengok cite sedey pn aku leh nangis…nangis tak leh pakai punya.. ;p

30. NAME THREE PERSON THAT YOU LIKE TO TAG HERE
= Aku tak ingin nak tag sape-sape la buat masa nie…boleh kan???