Wed, 14th January 2009

Hai hei hoi hui...

Udah lama aku tak update blog nih. Tak de sebab munasabab yang tertentu pn nape aku tak update. Sebab utama, malas + tak de cerita yang bessy. Tapi hari ni tetiba aku rasa nak mengomen pasal trip percutian aku ke puncak Genting ari sabtu tadi.


Hari tu aku g sane ngan kawan-kawan aku sekali. Percutian ni dah lama kami plan. Tapi baru tahun ni kami dapat merealisasikan (eerrkk!betoi ka ejaan aku nih?) plan tersebut. Best bangat dowh. Kebetulan pada hari tersebut jugalah kesihatan badan aku terganggu. Aku demam. Dengan kepala yang maha peningnya, mana la bole nak main permainan segala. Kuciwa tauu...tiket untuk all park aku rugi cam tu aje. Dah la sekian lama aku menanti saat itu. Aleh-alehnya aku demam. Haiyaaa!!tatak siok ooo...tapi ade la jugak game yang aku bantai je naik main. Hehehe...

Kawan-kawan aku enjoy gla main kat ctu. Ada antaranya tak penah pn g sana. Ini adalah 2nd time aku g Genting setelah 13 14 tahun aku tak p. Ye la, Genting zaman aku kecik & zaman sekarang ni dah jauh beza amat.

Dulu, aku pergi ngan kakak sulung aku. Dia yang selalu bawa aku meraound merata-rata tempat. Time tu plak, anak buah sulung aku baby lagi. Apa yang aku ingat pasal Genting time tu adalah aku di bawa menaiki kereta zaman Inggeris. Aku tak penah lupa. Sebabnya, bila orang tanya "Ang penah p Genting tak?" then aku dengan bangganya akan menceritakan yang aku penah pegi & naik keta tu. Hahahaha tak ke lawak namanya. Seingat aku la, dulu tu mana ada banyak game cam sekarang ni.

Lupe lak nak cite, kitorang g ke sana dari KL Sentral nek bas kol 8 pagi. Sampai sana lebey kureng kol 9.15 camtu lah. Sesampai je, terus cari outdoor play park dia. Bayangkan lah nak menghabiskan semua permainan dalam sehari. Kengkawan aku dah menghilangkan diri. Xcited betol. Sebenarnya, pala aku ni tak de lah teruk sangat peningnya. Tapi bila aku sedap2 tengah naik Sky Raider (ala yang boyan pusing tue) pala aku dah mula berdenyut-denyut. Tambah plak boyan tue berpusing. Lagi la menambahkan kepeningan aku nih. Turun je dari boyan tue, aku dah rasa nak muntah + macam2. Pening cm tak penah naik. Padahal aku dah naik benda alah tu banyak kali kat Pesta Penang.

Kitorang rehat jup. Aku decide untuk tak nak dah main game yang leh memeningkan pala aku. Nak kata serik tak, tapi oleh sebab kondisi badan aku yang dah tau tak berapa sehat terpaksa la jugak untuk katakan tak nak. Huhuhu...Aku soh hubby aku main, ye plak tak nak main sorang-sorang. Cian dia tak de sape nak temankan. Oleh sebab isteri dia ni tak terdaya nak main mainan yang lasak2, kami buat keputusan utk naik monorail. So, ni lah hasil kt dalam monorail tue..kihkihkih...jangan ketawa eaks!hahaha..geli hati. Lambat macam siput!

~Terlalu sejuk smp cmni jadinya!huhuhu~

Habis je naik monorail itu ingatkan nak tunggu naik Cyclone plak. Nak menunggu tu yang tak tahan bila tengok ramai orang berpusu2 ada kat ctu nak naik same. Kami p lak naik keta Inggeris yang kat atas nun. Hubby aku ada kata kat aku "Kali ni ayang yang drive, abang nak dok sebelah plak". Mula2 tue cm tak confident je nak bawak. Tapi disebabkan hubby aku yang teringin aku menjadi drebanya. Keta mainan ni pn bole la kan. Penah la juga aku membawanya. Hakhakhak. Part yang paling aku suka menaiki keta ni bila aku tekan pedal minyak dia. Bunyik tahap gaban punya kuat. Lagipn saje je aku tekan kuat2 smp nak tersodol bontot keta orang. Hahaha. Suke-suke.

Habis main, hubby aku dah bising lapar katanya. Mana tak lapar. Kami tak sempat nak breakfast pn. Dek kerana mengejar masa nak ke sana. Kami pilih untuk makan d KFC je. Hubby aku mencari nasi kat atas puncak nun. Pilihan yang ada hanyalah KFC saja. Yang lain tu lom tentu halalnya. Lepak punya lepak sampai la kol 2.30. Masa banyak lagi sebelum nak balik. Bas yang akan kami naiki untuk balik nanti bertolak kol 6 ptg.

Terlalu lama melepak kat KFC kitorang g merayau2 kat outdoor park. Sejuk bangat sih kat luar nih. Kalo bawak simut pn beh gak nih. Hahaha.

Sebenarnya, dalam pada masa aku meninjau di bazar kat outdoor park tu sempat lagi hubby aku membelikan aku hadiah yang kira suprice jugak la. Huhuhu. Sebabnya aku tak tau dia beli apa. Hukhukhuk. Nanti ada masa aku upload pix dia na.

Wow!panjangnya aku karang cerita kali nih. K lah, sampai cni dah la dulu. Ha, ada gambar korang cek la sendirik. Letih menaip. Apa yang aku merapu aku pn tak tau. Kakaka...

Bubai...

No comments: