Tue, 17th March 2009

Alahai, malasnya nak mengapdate blog yang satu ini. Sepatutnya selepas balik dari bercuti minggu lepas aku dah mula update. Tapi di sebabkan aku mendapat minat baru, tak de la aku update blog ni berhari2. Hehehe.

Percutian 2 hari di kampong memang cukup memenatkan & meriangkan aku. Aku ingat kali ni aku hanya balik kampong semata2 untuk menyelesaikan urusan rasmi tetapi Alhamdulillah, aku dapat luangkan masa melakukan xtvt bershopping ngan kak aku. Best sbb derang ni jarang sekali bershopping sakan.

Bila balik kampong, banyak perkara bermain dlm pala ni. Time nak beli belah pn sama. Sbbnya kt pB tue dah memang terkenal ngan kain baju yang murah2. Sememangnya aku tak melepaskan peluang. Hubby aku lak tak balik, lagi la mudahkan aku nak gerak. Kuikuikui. Selama 2 hari berturut2 aku menyerang pizza hut. Sebabnya, tak lalu makan nasi. Tapi sayang, aku tak dapat makan bersama Bonda dicni. Huhuhu

Malas nak cakap banyak. Korang lihat & komen sendiri la. Enjoy!!


Day 1

~ Garlic Bread + Mushroom Soup...yUmmy~

~ Thousand Island ~

~ Creamy Carbonara ~

~ Me & Husna ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Day 2

~ Me, Husna & Kak Bib ~

~ Anisah, Kak Chik & Kak Ella...pEacE!!! ~

~ Badrul & Hawaiian Tuna ~

~ Eerkk...Alhamdulilah, Licin Nih ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ Pernah tengok super duper jumbo culculator tak??mst tak penah kan. Hehehe. Kt pB ada 1. Tengok nie.
~ Kak Bib bersama Super Jumbo Calculator...hakhakhak ~

Wed, 11th March 2009

~ Pic Sekitar Sambutan Besday Anis & Aap (Sebelum & Selepas) ~

~ Jangan terperdaya dengan tarikh pada pic tue. Pic2 ni disnap pada hari sabtu & ahad 7 & 8hb 3 tahun 2009

~ Kek Coklat ~

~ Acara Memotong Kek ~

~ Hadiah dari Cik Ella ~

~ Hadiah dari aku utk Bonda ~

~ Model kasut Boya ~



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ Pic Family Gathering ~

~ Menu ~

~ Ikan Keli Bakar & Ayam BBQ ~

~ Kerang Bakar ~



~ Donut+Susu+Cheese = Big Apple punya donut ~

Tue, 10th March 2009

Alhamdulillah, perjalanan pergi & balik ke kampong telah selamat. Tapi mata aku masih kelat ya amat sebabnya malam tadi aku lepak kat tempat keje hubby aku. Tu sume disebabkan oleh h/w jam teruk. Sampai kt Jln Duta kol 8.30pm. Lambat hamat. Huwaaaa tolong...aku ngantuk nih. Siap leleh air mato den ni ha.

~ Jammed kat Tol Jelapang ~


Tak de banyak aktiviti yang aku buat di kampong. Yang pastinya, ada sambutan besday Anis & Aap ari sabtu & fam gathering ari ahad tue. Sememangnya meriah walaupun tak dapat kumpul sume adik beradik. Pic akan menyusul kendian eaks. Sabo ye.

Ada 2 jemputan kenduri kahwen yang di buat pada satu tarikh yang sama 15/03/09 bersamaan hari Ahad ni. Sememangnya, aku belom putuskan untuk pergi ke tidak. Orang dah menjemput takkan kita tak nak pergi kan. Lagi pun sejak akhir2 ni aku terasa cm nak makan nasi minyak je. Hohoho.

Kenduri 1: Kenduri saudara Bonda (Tok Ndak) di Kamunting Taiping. (Sememangnya aku tak dapat hadir)
Kenduri 2: Anak kepada kenalan keluarga di Bukit Beruntung. (InsyaAllah, kalo tak de aral)

~ Esok petang aku & k. Ella akan berangkat pulang ke kampong semula. Bercuti sampai hari khamis. Ada urusan tanah yang belom selesai. Doakan semoga segala urusan berjalan dengan lancar. Ameen~

Thu, 5th March 2009

Wahahaha…lamanye aku tak hupdate!.

Sejak seminggu yg lalu aku punya la banyak idea nak di ceritakan. Tapi oleh sebab keje yang banyak lagi menimbun di kala ujung bulan. Terbantutlah idea2 aku sume tue. Sampai ari ni aku tak de rasa nak menulis pn. Ni pn terpaksa sbb blog aku dah lama tak di apdate. Ciannya kat blog ni. Tuan dia buat tak heran je. Huhuhu.

Ape nak cite huh?ermmm…ha! hari sabtu tadi, kawan baik aku bertandang ke rumah. Punya la lama kami tak jumpa sejak dari pas besday party aku ton lepas. Bape bulan korang kira sendirik la. Otak aku beku buat masa sekarang nih. Hehehe

~ best buddy ever ~

Dah menjadi lumrah bila setiap kali berjumpa, ada saja cerita terhangat di pasaran gelap yang dibualkan. Cerita terkini yang aku tau membuatkan aku plak yang terlajak excited dr tuan badan. Hehehe. Nak tau apa dia??nantilah aku cite.

Ari ahad tue, sebelum anta kawan aku tue kt Pudu. Sempat lagi kami g lunch dulu kat tempat lepak biasa kami. Saja nak cuci mata ari ahad. Pada waktu yang sama kak aku pn nak kuo g beli barang so dia pn ikut la sekali. Aku plak, g sana semata2 nak cari kasut untuk bonda.

Time bonda balik dulu, aku tak sempat nak beli. Kat PB, aku & bonda penah g round carik kasut tapi bonda tak bape berkenan kat kasut yang kebanyakannya utk org muda. Yang banyak sume kasut bertumit. Kebetulan aku baru je beli kasut baru bulan lepas. Sempat juga ye mengetest kasut aku tue. Nampak sangat bonda berkenan. Kasut tue aku beli kat JJ cap Boya je.

So, berbalik pada lunch td. Aku & kak aku try makan makanan Korea. Pergh!! Memang sodap. Lauk banyak sampaikan tak habis even nasi dah bis dah. Memang berbaloi sangat. Hehehe. Hubby aku makan nasik dalam pot je. Nasi tue dah jadi salah 1 fav dia. Kawan aku lak makan nasi goreng pattaya. Tu pn kalo tak silap aku la. Sama2 enjoy makan. Oleh sebab lauk aku & kak aku banyak sempat jugak la kami bersharing. Sharing is caring rite??hukhukhuk

~ aku punya - Kimchiyori Daging Set 3 ~

~ Kak aku punya - Kimchiyori Ayam Set 2 ~

~ Cuba try test air wone ijau tue air apo?? ~

~ Kak Ella & Cda ~

~ Lagi 2 hari aku nak balik kampong. Sejak dari minggu lepas lagi aku dah membilang hari nak balik. Tak sabar. Kali ni hubby aku pun turut serta. Kami balik naik bas je. Nape tak naik keta?? Sebabnya aku rasa senang naik bas walaupn aku tau kat area umah aku tue tak de bas & juga aku nak hubby aku rehat. Tak yah penat2 balik kampong drive keta. Ari2 dia asyik bawak aku je naik keta. Dah mcm dreba dah aku nengok. Pg petang amik aku. G pn, bukan selalu kami balik berdua naik bas. Enjoy the moment lah katakan. Hukhukhuk!!

~ Tiket bas kami p & balik ~

Jumpa minggu depan. Doakan aku & hubby pulang dengan selamat….ameen~