Thu, 19th February 2009

Alahai...dah masuk 4 hari Bonda balik kampung. Betapa rindunya aku pada dia. Apalah yang Bonda sedang buat eks. Nak call, dah call dah malam tadi. Risau Bonda yang kesorangan di rumah. Mudah-mudahan tak delah terjadi apa-apa semasa dia di sana.

Oh ye, pagi-pagi lagi aku dah siapkan tag yang diberikan oleh Pn. Ruwaida. Have fun & enjoy!.



TAG 1

**RULES***

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.


***END***

What were you doing 5 years ago?
~ Ngah jawap soklan SPM…huhuhu

What were the 5 things on your list today?
~ Makan
~ Tido
~ Main game
~ Buat keje (tu pun kalo ada la)
~ Tengok tv

What are 5 snacks that you enjoy?
~ Cheezel
~ Jack’s potato cip
~ Keropok ikan parang
~ Tempeyek
~ Biskut tiger

What are 5 jobs you’ve had?
~ Mengabehkan duit & boreh (ni kire keje la jugakkan)
~ Mengacau/mengusik orang
~ Part time menyanyi dalam bilik air
~ Part time surirumah
~ Part time Admin


TAG 2

5 Characteristics of your dream guy/girl
~ Baik hati
~ Menawan
~ Bijak
~ Romantis
~ Berharta (ni paling penting…aku kan mata $$$$)

5 Characteristics that you have never like in a guy/girl
~ Penghisap rokok
~ Panas baran
~ Penipu
~ Kaki pukul
~ Kaki pompuan

5 feelings that you have when you're out with the one you admire
~ Mestilah best/suke
~ Berdebar-debar
~ Malu tapi ku mahu
~ Bangga siot
~ Terasa dunia itu ana yang punya...x gitu?

5 places that you want to travel with your loved one
~ Makkah
~ China
~ New Zealand
~ Europe
~ Asia

5 special things that you would give to your loved one
~ Zahir & Batin (jiwa & raga)
~ Zuriat yang soleh & solehah
~ Kehidupan yang selesa
~ Kasih sayang yang abadi
~ Kebahagiaan di Dunia & di Akhirat

5 songs that you will sing to your partner
~ I Just Called To Say I Love You – Stevie Wonder
~ Breathless – Shayne Ward
~ Angel – Natasha Bedingfield
~ If I Were A Boy - Beyonce
~ My Life Would Suck Without You – Kelly Clarkson

5 friends that you want to tag
~ Miss Eida
~ Cik Fiti
~ Abang Kemal
~ Kak Ela
~ Sesapa yang terbaca blog ni…hahaha…Tak buat siap, aku tembak!!


~ Ade sape2 lagi ke nak bg tag pada aku nih?bak la...tumpang aku free memanjang ari ni. Boleh la aku jawab!huhuhu.

Wed, 18th February 2009

Alhamdulillah, akhirnya selamat juga aku pulang walaupun mata ini masih kelat mengantuk hingga ke hari ini. Namun apa kan daya, aku kena jugak datang kerja. Kalo ikutkan hati ni nak je sambung tido lagi. Huhuhu.

Mesti ada yang tertanya-tanya kemana aku & bonda pergi kan?hehehe. Sebenarnya, aku balik kampong. Sudah terlalu lama aku rasa tak menjejakkan kaki ke sana. Kebetulan juga bonda ada menyebut tentang pulang ke kampong. Sememangnya tanpa planning aku g je cari tiket bas pada hari khamis. Alhamdulillah, tiket masih ada.

Pada waktu yang sama, bonda aku berpesan supaya tidak menghebahkan kepada family tentang kepulangan kami nanti. Maka, aku turutlah bersubahat dalam plan ‘baek punya’ bonda nih. Hehehe. Yak ampunn!!bukan tak mo habaq, tapi aku patuh mengikut arahan. Hakhakhak.

Pada jumaat malam sabtu, pukul 11 malam kami bertolak pulang. Hubby aku tak turut serta sebab dia kerja. So, hanya aku aje yang balik ngan bonda. Sampai d PB dan umah kak Bib dah pukul 3.02 pagi. Sesampai je umah ye, cuak jugak kami kalo kat umah takde sapa2. Mana la tau kan main terjah je kot2nye tuan umah tak de di rumah tak ke haru kami pagi tue. Nak dok kat mana sementara tunggu hari siang.

Pada mulanya, dia seperti tak percaya yang aku & bonda sudah berada di belakang umah ye. Memang gempak habis. Hehehe. Dari masuk umah sampai la ke siangan kami tidak tidur. Berborak sakan. Itulah yang aku suka bila balik kampong dapat jumpa adik beradik & anak buah semua. Terlalu best tapi sedey kerana aku bercuti hanya untuk 2 hari je. Nak buat camne kan, aku dok cni pn nak mencari rejeki. Ada masa aku balik la lain kali pulok. Tak gtu?

Aku balik pada ahad malam senin, naik bas kol 11.59 mlm. Aku ingatkan tak de lah ramai yang nak ke KL. Rupanya penuh 1 bas. Ye lakan, time aku balik tue, bukan ada cuti apa2 pon. Tu pun bas leh penuh ke. Ishk2

K lah, nak kuo ni. De keje sket. Aku semakin menampakkan kemalasan aku untuk mengapdate blog ni selalu. Kihkihkih. Lantak la. Lagi pun saja je nak mengisi masa terbuang yang melampau kat opis.

Daaa~

Fri, 13th February 2009

Assalamualaikum...Hola…

Hari ni aku cukup bersemangat sket nak datang keje awal & insyaAllah kalo bole aku nak balik awal juge. Gile kentang!~. Hehehe.

Nape aku bersemangat? Aku bersemangat bukan pasal valentine sok hari tapi yang pastinya aku akan menyepraisekan family aku. Geli hati jerk. Ni sume idea baaeek punya dari Bonda. Hehehehe. Tak sabar banget nih.

Tak de apa pn yang aku nak share hari ni cuma saje nak ngepost pasal kejadian minggu lepas & minggu ini yang aku tak kasi tahu dalam entry sebelum ni. Lupa...hehehe

~ Pertama:-
Hubby aku menghadiahkan aku sebentuk cincin & sebuah novel “CHINTA" karya NorHayati Berahim.
~Tarraaaa~

~Cover buku ni muka Wentworth Miller@Micheal Scofield...kan?Aku lom start baca lagi. Bz! Huhuhu. ~


~ Kedua:-
Aku belikan Bonda seutas rantai tangan. Saje je. Pendapatan lebih apa salahnya. Jika aku mendapat cincin. Maka aku pn bagi la kat Bonda hadiah yang sebegini.

~ Suke aku tengok bilamana Bonda memakai gelang pemberianku ~


~ Ketiga:-
Kami kuo g makan kat restoran MJ. Best amat.
~ Me & Momma ~

~ Chicken Sandwish yang aku order ~

~ Chicken Cheese kak aku ~


Ni jelah pon yang aku nak share di cni. K lah, bos aku pn dah masuk. Aku pn dah nak balik. C ya...

~ Agaknya sekarang ni kawan baik aku tengah bergumbira ngan pakwe ye kat atas Genting sana. Bestnyier terasa nak jejak lagi ke sana. InsyaAllah kalo ada rezki lagi aku nak bawak Bonda & PIL aku lak ke sana. Leh la aku gunakan segala voucher pree yang aku dapat ritu. Huhuhu.

~ Doakan perjalanan aku bersama Bonda pergi & balik dengan selamat. Amin…

Tue, 10th February 2009

Atas pertanyaan kawan baik aku. Ini adalah serba sikit info mengenai tempat kursus perkahwinan yang penah aku hadiri satu ketika dulu.

ZURA’S AKADEMIK
TEL: 03-22822211 / 03-22831511 / 03-22843811
WEB: http://www.zurasakademik.com/ (bookin on9 pn bole)
TEMPAT: Bangsar / Plaza Pantai
YURAN: RM 80.00 (tak de exam) – 2 hari (sabtu & ahad)

- makan minum tersedia, so jgn risau kalo perut lapar pon. Huhuhu (aku p dulu time tu bulan puasa, mana ada makan2 ni. Hukhukhuk)
- korang akan dapat buku/file/alatulis. (aku igt2 lupa arr…tapi file & bahan rujukan still ada lagi aku simpan…huhuhu)

1st time aku jejakkan kaki kat sana aku g ngan kak aku. Naik LRT. Memang senang & mudah nak carik tempatnya. Hari tue aku g semata2 nak tanya pasal kursus. Selepas berbincang sikit, cikgu Mohd Noor meminta aku & hubby hadir bersama pada minggu depannya, ia adalah untuk memudahkan lagi kami memahami apa itu erti sebenar sebuah perkahwinan (aiseh..cam ustazah lak eh). Ye la, aku ni nak kawen ngan mualaf. Takut lak banyak procedure nanti yang nak kena buat. Tak ke akan susah kalo tak tahu. Dah tu plak, ayah dah meninggal kang nanti ada banyak tanda soal plak nak d rungkaikan.

Minggu tu aku just daftar awal2 untuk kelas minggu depan di Bangsar. Sebab kalo tak daftar awal2 untuk kelas yang akan kita masuk tue, nama kita akan berpindah ke dewan kursus yang 1 lagi. Plaza pantai pn aku tak tau kat mana. Huhuhu.

Pada minggu kursus aku tue, aku tak sangka la jugak dalam kelas kami tue ada Arash Muhamad & wife dia join sekali. Kebanyakan artis memang ramai datang berkursus di ctu. Tempat fofuler la katakan. Hakhakhak. Neway, aku telah d undang ke majlis perkahwinan kak Fida & abg Arash di Kola Kangso tapi tak dapat p…ape2pun sumenye dah selamat sekarang. Tak gitu kan bang?ermmm…

Bagi aku pembelajaran dia adalah yang terbaik & mudah untuk difahami. Prosedur pn senang je. Sape yang p sana takkan terasa nak tido. Best sangat. Siap gelak sampai leleh air mata. Tenaga pengajar yang happening gila. Buat lawak aje. Hehehe. Last belajar korang akan buat 1 lakonan/sketsa mengenai akad nikah. Itu pn lawak tak hengat dunia gak. Kelakar sebab pelajar yang akan berlakon. Muhahahaha tergolek-golek.

Sijil kawen akan dikuarkan pada hari rabu kalo tak silap aku la. Segala pic2 semasa korang belajar kat ctu sume ada sedia. Samada nak amik buat kenangan atau tak je. Disana juga tersedia kedai untuk membuat kad undangan perkahwinan. Lawa-lawa gtu. Pilih la jangan tak pilih. Sila la sila. Hakhakhak

Terasa detail lah sangat jawapan kepada pertanyaan kawan aku tadi. Hakhakhak. Lantak la aku nak tulis panjang-panjang. Hohoho. Kepada sesapa yang ada pengalaman p kursus kawen tue meh-meh la kita share same2 kat cni. Semoga dapat la korang yang baru-baru nak menjinakkan diri ke kursus perkahwinan ni serba sikit info.

~ Try la survey dulu kat mana yang sesuai, senang nak pergi & yang pasti tempat yang dihadiri itu tidak mengantuk!.

C yaaaaa~

Mon, 9th February 2009

Fuhh! Nasib baik hari ni bos aku tak kata apa2 sebabnya pagi tadi aku bangun lambat & datang keje pn lambat lah. Hehehe. Dekat 9.30 gak la baru aku sampai office. Nasib la jugak hari ni public holiday bagi sesetengah co. Tak delah teruk sangat walaupn bg diri aku datang lambat tue adalah amat disiplin keje yang paling teruk sekali.

Ini 2nd time aku datang lambat dalam masa tempoh 3 tahun aku keje kat cni. Berdebar2 jerk rasa di hati time masuk then nampak bos aku kat bilik dia tadi. Huhuhu. Elok juga dia tak tanya kenapa aku datang lambat. Kalo dia tanya alamatnya akan aku bgtau dia kenapa aku lambat. Selambe je la kan. Bos sporting tapi tak leh la buat selalu. Tu pn tadi aku cuma cakap sorry je. Hehehe

Macam mana aku leh bangun lambat?

Aku pn tak sure kenapa aku bangun lambat sedangkan alarm sudah berbunyi. Ke aku tido tak sedar diri. Huhuhu. Ye la tue. Teori yang tak dapat disangkal2 lagi. Mungkin aku penat ngemas bilik semalam kot. Aku beli almari baju baru. So, dah alang2 aku kemas bilik tue. Terus la semuanya aku kemas sekali. Letih jugak ngemas walau bilik sekangkang kera.

Owh, malam minggu hari tue kami pegi makan kat restoran MA. Mak, kk ela, adam & mastura ikt serta, kitorang menapak je kesana. Kebetulan malam tu tak de lah ramai sangat pengunjung yang ada kat ctu. Kalo tidak, mesti bersesak ngan umat.

Anyway, ni je lah cite terkini yang aku nak kasi tau. Huhuhu. K lah aku nak sambung main game balik nie.

Bubai…tata..titi..tutu

Assalamualaikum...

Fri, 6th February 2009

Lama sudah aku tak menjenguk & mengepost sesuatu kat blog ni. Bukan apa, sebabnya minggu lepas aku kebizian sikit. Mana taknye, CNY tempoh hari bos aku soh aku bercuti seminggu. Ikutkan hati ni tak de plan pn nak bercuti. Nak siapkan keje je. Tapi dah sume department cuti. Aku pn tak terkecuali.

Untuk cuti CNY minggu lepas, aku n hubby tak de plan pn nak kemana2. Kami hanya balik umah mil aku kat Kepong sambut CNY, itu pun pegi pada pagi tahun baru. Tak denye nak makan2 besar. Huhuhu. Nak balik kampong lak, mak aku ade kat cni. Kalo ikut plan asal sepatutnya CNY kali ni kami pergi ke Kuantan, tapi apakan daya ada beberapa masalah teknikal terpaksalah di cancelkan aje.

Dan untuk cuti taipusam isnin nih, co aku tak cuti pn. Sememangnya aku tak merancang untuk kemana2. Melainkan meround2 kt Jusco myb la kot.

Masa aku kat umah mil – CNY ritu, aku de la lepak kt Jusco nengok cite “Ink Heart”. Tu pn tak tau pilih nak tengok cite ape. Hubby aku nak nengok cite “Underworld 3; Rise of the Lycans”, tp yang aku ni plak nak tengok cite ink heart. Mula la plak masing-masing cari pendapat untuk tengok cite pilihan masing-masing. Last sekali hubby aku yang beralah then kitorang pn nengok la cite ink heart.

Nyesal aku pilih untuk tengok cite ni. Tak beh langsung. Mule2 tue cam tak paham aje rope jalan citenye. Pertengahan cite aku dah mula paham. Ni 2nd time aku masuk panggung rasa nak terlelap. 1st time time tengok cite “Cicakman; Planet Hitam” memang ngantuk gile. Aku gagah kan la jugak nengok walaupn mata dah stim. Hehehe. Memang tatak siok woo. Rugi je aku tengok cite nih. Nape la aku tak ikut je ckp hubby aku p tengok cite Underworld tue. Hishhh!

Kua panggung je hubby aku dah siap puji2 lagi betapa ‘beh giler’nya cita ni. Kat dalam tu dia memang dah siap tdo. Dalam kete je aku pn membentangkan balik apa yang aku tengok & faham mengenai cite tersebut. Filem jenis berat cm gini memang susah nak faham kalo tak menghayati betol2.

Kami balik ke S.U, tak jadi nak tdo kat umah mil aku. Sebabnya, kami tak bawak baju salin. Malam tue kat umah hanya tinggal kami berdua je. Mak, Kak Ella pergi ziarah nenek yang uzur kat Perak. Pada mulanya aku nak turut serta pegi sana. Oleh sebab hubby aku berat hati nak melepaskan aku & aku plak rasa tak patut kalo hubby aku sorang je yang balik raya kt umah mil, aku tak ikut la.

Hari rabu tadi pulak, kami sekali lagi pergi ke tempat lepak kami tue. Kali ni aku nak tunaikan permintaan hubby aku yang nak sangat tengok “Underworld 3; Rise of the Lycans”. Memang tak dapat di sangkal lagi. Cite ni memang best. Best ya amat. Sememangnya tak rugi hubby aku ajak tengok cite ni dulu. Haiyaa. Hubby aku senyum meleret je bila movie pilihan hatinya best. Huhh nyampah tau!

Ermmm, apa lagi yang aku nak cite heh. Rasanya ni jelah kejadian yang terjadi selama 2 minggu nih. Minggu depan next entry plak eh. Tu pn kalo de cite terhangit ke kan. Hekhekhek

Daaaaa~

~ Hatiku teringatkan kampong halaman yang dah lama tak jejak. Windu aihh.