Tue, 10th February 2009

Atas pertanyaan kawan baik aku. Ini adalah serba sikit info mengenai tempat kursus perkahwinan yang penah aku hadiri satu ketika dulu.

ZURA’S AKADEMIK
TEL: 03-22822211 / 03-22831511 / 03-22843811
WEB: http://www.zurasakademik.com/ (bookin on9 pn bole)
TEMPAT: Bangsar / Plaza Pantai
YURAN: RM 80.00 (tak de exam) – 2 hari (sabtu & ahad)

- makan minum tersedia, so jgn risau kalo perut lapar pon. Huhuhu (aku p dulu time tu bulan puasa, mana ada makan2 ni. Hukhukhuk)
- korang akan dapat buku/file/alatulis. (aku igt2 lupa arr…tapi file & bahan rujukan still ada lagi aku simpan…huhuhu)

1st time aku jejakkan kaki kat sana aku g ngan kak aku. Naik LRT. Memang senang & mudah nak carik tempatnya. Hari tue aku g semata2 nak tanya pasal kursus. Selepas berbincang sikit, cikgu Mohd Noor meminta aku & hubby hadir bersama pada minggu depannya, ia adalah untuk memudahkan lagi kami memahami apa itu erti sebenar sebuah perkahwinan (aiseh..cam ustazah lak eh). Ye la, aku ni nak kawen ngan mualaf. Takut lak banyak procedure nanti yang nak kena buat. Tak ke akan susah kalo tak tahu. Dah tu plak, ayah dah meninggal kang nanti ada banyak tanda soal plak nak d rungkaikan.

Minggu tu aku just daftar awal2 untuk kelas minggu depan di Bangsar. Sebab kalo tak daftar awal2 untuk kelas yang akan kita masuk tue, nama kita akan berpindah ke dewan kursus yang 1 lagi. Plaza pantai pn aku tak tau kat mana. Huhuhu.

Pada minggu kursus aku tue, aku tak sangka la jugak dalam kelas kami tue ada Arash Muhamad & wife dia join sekali. Kebanyakan artis memang ramai datang berkursus di ctu. Tempat fofuler la katakan. Hakhakhak. Neway, aku telah d undang ke majlis perkahwinan kak Fida & abg Arash di Kola Kangso tapi tak dapat p…ape2pun sumenye dah selamat sekarang. Tak gitu kan bang?ermmm…

Bagi aku pembelajaran dia adalah yang terbaik & mudah untuk difahami. Prosedur pn senang je. Sape yang p sana takkan terasa nak tido. Best sangat. Siap gelak sampai leleh air mata. Tenaga pengajar yang happening gila. Buat lawak aje. Hehehe. Last belajar korang akan buat 1 lakonan/sketsa mengenai akad nikah. Itu pn lawak tak hengat dunia gak. Kelakar sebab pelajar yang akan berlakon. Muhahahaha tergolek-golek.

Sijil kawen akan dikuarkan pada hari rabu kalo tak silap aku la. Segala pic2 semasa korang belajar kat ctu sume ada sedia. Samada nak amik buat kenangan atau tak je. Disana juga tersedia kedai untuk membuat kad undangan perkahwinan. Lawa-lawa gtu. Pilih la jangan tak pilih. Sila la sila. Hakhakhak

Terasa detail lah sangat jawapan kepada pertanyaan kawan aku tadi. Hakhakhak. Lantak la aku nak tulis panjang-panjang. Hohoho. Kepada sesapa yang ada pengalaman p kursus kawen tue meh-meh la kita share same2 kat cni. Semoga dapat la korang yang baru-baru nak menjinakkan diri ke kursus perkahwinan ni serba sikit info.

~ Try la survey dulu kat mana yang sesuai, senang nak pergi & yang pasti tempat yang dihadiri itu tidak mengantuk!.

C yaaaaa~

5 comments:

Anonymous said...

teringat masa amik kursus dulu..
kt pertama kompleks..
kursus 2 hari tu mmg besh..
x boring..penuh gelak tawa..

Sue.Aleen said...

aku kursus nikah kat masjid negeri, shah alam. bermalam di masjid ramai². best! siap ada qiamullail... RM60 tapi makan tak hengat... sebabnya asyik makan sajork!

me said...

tu lah kenangan kan?terasa cm nk p ulang semula...hehehe

Unknown said...

baru ngh survey2 tmpt...tgk mn yg bes..karang bosan n trseksa lak jiwa raga aku dgr ceramah.kang x pasai2 aku lak p mntk mic dia n tkr bg cramah..mklomla dh besa bg cramah..hikhik.

me said...

kahkahkah...
ye la tue...agak2 borink sket ang p la brain wash sikit..
ang tu konselor dak2 sek..bukan konselor umah tangga..
wakakaka..aku gelak tak sudah2 terimagine cmna ang bg ceramah kt ctu...