Mon, 20th April 2009

Senangnya dalam hati...pergi ke PWTC...

Kelmarin seperti yang di rancang, aku & hubby pergi ke PWTC. Tujuan utama aku ke sana sebenarnya adalah untuk membeli tiket bus kt Hentian Putra. Dah alang-alang sampai sana pe lah salahnya kalo aku bergerak sekali ke PWTC.

Hari ahad, dah pasti la ramai orang. Bersesak² aku & hubby meraound sekitar. Tercari² aku booth novel. Tempat yang aku singgah adalah booth Karangkraft, Creative Enterprise & booth paling best kt NB Kara la. Siap jumpa ngan akak NB lagi (Nak sain~)& sembang² gtu. Namo² jeles. Hahaha. 12 buah novel aku bolot semalam (memborong sakan). Bagi aku mengumpul novel dr penulis yang aku minati adalah 1 kepuasan. Huhuhu. Itu pn tinggal 1 buku je lagi yang aku tak dapat kumpul dr NB Kara - Cinta Jangan Kau Pergi. Ishk, ralat pn ada. Hohoho.

~ Koleksi novel NB Kara - NorHayati Berahim ~

~ Book mark yang aku dapat dr pembelian novel² kak NB ~

Sememangnya aku menunggu peluang ni untuk mengumpul sume koleksi novel karya NorHayati Berahim. Lepas ni leh la aku mentelaah novel² tu dengan khusyuk wal tawadduk. Hahaha. Elok la 2, sekarang ni kawan² aku sumenye tengah menjawab soklan final exam & aku plak menyebokkan diri dengan mentelaah novel. Adil la tue kan. Wakaka.

Ramai gak la artis yang turun memeriahkan suasana. Tapi sayang, aku tak bley nak snap pn. Cam tak bawa. Nak harapkan cam hp. Bek jgn, kang tak pasal muka org comel² trs tak lawa. Blur la ape mende la. Huhuhu. Besa la hp cokia ja. InsyaAllah, kalo tak de aral aku nak p lagi minggu ni. Nk menjejaki lagi novel² yang terhangat di pasaran. Ade sape nak join?sila angkat kaki anda setinggi yang mungkin. Kemaruk membaca aku ni. Hahaha. Ingat!, membaca amalan yang mulia. Hehehe.

~ Kak NB, nak sain...~

Balik dari PWTC, sempat gak la kami singgah kat Jusco Kepong. Tempat fav kami ber2. Huhuhu. Makan² & balik umah. Letih suda kaki ni berjalan. Hukhukhuk. Sesampai jerk kat umah. Abang ipar aku tego "Mak aih, tu beli baju ke beli buku?". Wakaka. Hubby aku sememangnya dah tau, kalo aku pergi tempat² cam tue. Tak de mende lain dah yang aku nampak. Novel Novel Novel. Kelmarin tue, dia la juga penyumbang terbesar untuk beli novel ni. Hahaha. Sorry abang. Kang minggu depan ni tolong belikan lagi eh. ;p

~ Koleksi novel-novel aku...sikit je ni ~

Malam tadi aku dah settle down sebuah novel. Puas hati walaupn pagi ni mata aku kelat mengantuk. Huhuhu. Hari ni memang aku syok bangat. Segala urusan aku dah settle. Alhamdulillah tak dak kekusutan yang berlaku. Tak sabaq plak nak balik umah petang ni. Nak sambung baca novel ke-2 plak. Hohoho.

2 comments:

Anonymous said...

pergh..dengki btol tgk koleksi novel ko ni...
aku n xde byk cmtu..woooo T_T

me said...

aku mengumpul dr pertghan taun lepas..tak sah jika aku tak beli 1 kalo aku singgah MPh @ Popular.. :)