Fri, 26th June 2009

Bosan,teruja, letih & malas. Sume tu ada dalam perasaan aku. Kenapa aku kata cam tue?

Bosan - Bosan aku tengok blog ni. Hari² aku bukak aku nampak reben reben reben. Hahaha. Nak tukar tapi lom ada 'rupa' yang terkenan di hati. Sampaikan aku terpk daripada aku tak tulis apa² kt blog ni. Bek aku buang dlm tong sampah je. Tapi sayang plak ;)). Hakhakhak. (Ni la pepatah menyebut; org nak berblog, dia pn nak berblog jugak!). Last² nya, tak jalan pn. :-"

Teruja - Sememangnya aku teruja \:D/. Ada 3 perkara yang membuatkan aku begitu teruja sekali. 1, Aku nk balik kampung(8-> lame dh tak balik ni). 2, Bulan depan besday aku(>:/ kasik hadiah). 3, Aku nak jumpa kenalan baru(adela sumone;))).

Letih - Apsal aku letih. Tak la letih mana pn. Cuma badan terasa lesu. Badan lak panas. Kerongkong sakit lak. Cam demam tp ntah la. Tapi dalam hati semangat still membara. Ari ni aku berjaya berpuasa 3 hari dah berturut². InsyaAllah, kalo boleh aku nak cuba berpuasa sebulan bulan Rejab ni. Go go Chaiyok!!!:)>-

Malas - Ape ni?penyakit ke:-?minta simpang la penyakit ni. Tapi ada sikit jangkitan yang terkena pada aku. Ciss!keje ada, malas nak buat. Banyak pk pasal nak balik kampung je. Plan p sana, plan p sini. Ngeh³. Rasa cm nak bercuti dari sekarang je. Keje sampai taun depan pn tak habis;)).

* Tahniah utk Mehan Mohandez telah berjaya mendapat pekerjaan di Putrajaya=D>. Dekat la kita nak berjumpa nnt. Demam Transformers bermula. Aku tak melepaskan peluang berhujung minggu di TGV. Hek³. Selamat menonton & selamat berhujung minggu!:D.

Wed, 17th June 2009

Akhirnya....

Dapat juga aku snap pic hp aku. Ngeh² ngee~. Enjoy!




Amacam?ngancam x:-?;;)hp murah je :D Sama x cm Apple iPhone 3G ni?hek³...


Tue, 16th June 2009

Hari ni aku mempunyai masa terluang yang melampau banyaknya. Selalunya, aku mengabiskan masa aku dengan berchating d room. Hek³. Tak de keje??ade...tp sume dah settle. Ngee. Huk³.

Ada hutang tag yang tertunggak minta di bayar. Tag & juga Award dr kak aku. Ngee~ suke². Siaran tergendala sbb aku tengah mencoba menatang ni ----> ;)). Skg ni buleh dah. Lembab sket. Biasala pc zaman jepun dulu. Hek³.

Tag 1


Berikan Nama Pemberi Anugerah Ini Bersertakan Link:
- My sista (suealeen)

Berikan 10 Perkara Mengenai Diri Anda:
- Seorang yg baek hati. (x bleh blah punya ayat!). Keh³.
- Peramah
- Suka berkaraoke / denga lagu \:D/.
- Suka membaca novel.
- Addicted ngan wayang/movie.
- Suka chating & surf tenet.
- Suka main game(snooker, poker card, sodoku).
- Melancong (buat masa ni dlm negara je :D).
- Kuat berangan 8->.
- Cengei...Huk³.

Tag @ Award Kepada Blogger Lain:
- KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG AKU YANG TAK SEBERAPA NI! SILA AMEK YE...TERIMA KASIH


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tag 2

1. Anda perlu printscreen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jangan tukar tau.


2.Bagitau kenapa anda suka wallpaper ini.
Entah kenapa, aku suka kt wallpaper bunga ni. Dari taun lepas aku guna. Tak penah tuko² pn. :D

3. Sila tag 10 orang kawan.
Sama seperti di atas. Buat jangan tak buat!.


* Rasa nak demam la plak...kerongkong plak terasa cm ada benda tersekat...ishk...rimas

Mon, 15th June 2009

Aduhai...dah habis dah musim cuti sekolah. Hu³. Cam la aku ni p sekola. Hek³. Malas betol la sekarang ni nak update blog. Ntah nape. Perasaan main² banyak. Ape tak cukup main lg kah aku ni. Hu³. Idea nk bercerita ada. Malas menaip mungkin. Keh³.

Kelmarin sepatutnya aku ikut akak aku melawat Mira di USIM. Oleh d sebabkan hubby aku yang keletihan tak tdo, tak de la aku turut serta. Huk³. Pada mulanya tak de planning nak kluo pn. Nak mengabiskan masa cuti di umah. Tapi aku ni mana la betah dok umah. Mesti nak kuo juga.

Bermula dengan mencari restoran sekitar utk makan & seterusnya tempat utk kitorang lepak. Aktiviti tak de, macam² la terpk dalam pale ni. Tak amek masa yang lama buat keputusan p JJ Kepong. Lagi pn sane ada telephone fair. Jenjalan cuci mata. Masa yang nk d buang pn banyak lg. Sempat juga kitorg ni p tengok wayang. Keh³. Cite "Blood; The Last Vampire". Huby aku masuk je sane pe lagi, awal² dah kalah. zZzZzZ. Hahaha. Orang lak tak ramai yg tengok cite tue. Selesa amat dowh!

Habis tengok movie, singgah lak ke booth telephone. Dalam hati ni tak berhajat pn nak ada telephone baru. Ntah cmne, aku sesaje gatai sembang² ngan mamat cina ni. Kononnye survey hp. Ha³. Padahal tak de arah tuju pn. Dah tak de igt nak membeli. Pas sembang², risik² rega, dapat la half price. Hahaha. Tanpa berlengah aku pn p la cucuk dwet beli. Kih³. Sungguh tidak ku sangka. Mini iPhone cap ape ntah ku miliki. Tak mahal pn. Kih³. Kalo nak beli iPhone Apple tak mampu den. Mampu² tp lebih baik aku guna dwet utk beli hp tu ke benda lain de gak pekdah. Hp murah² suda janji aku leh sms & call.

Pic hp nya tak dapat aku uplod ari ni. Aku rasa hp tu cute sgt. Terasa cm nk geget². Hik³. Function hp ni cm hp lama aku gak. Camera, ok² la. Tp lebih elok dr camera hp pink aku tue. Ho³. Ape² pn hp pink aku tu aku serahkan utk huby aku pakai sementara. Kalo aku nak tuko² pn bule. Syok²!


* Korang dah tengok ke cite Terminator Salvation ni?Best amat! Pertama kali aku makan popcorn tak habis. Punya ralet tengok!. Kekeke.

Mon, 8th June 2009

Alhamdulillah, selamat jugak aku kembali dr kampung dalam masa sehari. Penat yang teramat sgt. Aku masih mengantuk d kala ini!. Lega juga sebab dapat rehat & tdo dlm bas.

Ini lah akibatnya kalo x de perancangan utk bercuti & pada masa yang sama tak beli tiket bas awal². Tambah plak time nak balik ni musim cuti sekolah. Lagi la cepat habis. Aku balik kampung dengan bonda malam sabtu tadi. Naik bas kol 11.15 mlm kt Jln Duta. Sampai PB kol 3 pagi. Sesampai je abg ipar aku terus amek bawak balik umah. Lega juga ada yang menjemput awal² pagi.

Sampainya di rumah, kitorg tak de la trs tdo. Sembang punya sembang smp la jam menginjak ke no. 6. Baru la terasa ngantuk. So, pe lagi pas semayang subuh trs la boom kan diri. Tak hengat dunia punya lena. Kado malam td punya rehat. Keh³.

Bangun je dr tdo. Aku meround sekitar umah. Kebetulan aku balik ni musim buah. Banyak pokok buah kt umah aku tu berbuah. Terutamanya pokok buah mata kucing, pokok rambutan, pokok durian belanda & bla³...banyak g pokok yang berbuah dengan lebatnya. Terasa tak mau balik ke cni. Tapi apakan daya demi mencari rezeki, terpaksa la aku merantau. Huk³. Sadis aje bunyiknya. Hahaha.

Tengahari, aku bersiap utk menghadiri kenduri jiran kampung. Anak lelaki merangkap kenalan main zaman aku kecik² dolu²(ntah la dia igt ke x..hu³). Pasangannya juga berasal dr kampung yg sama. Kalo nak balik umah masing² cukup dekat. Hehehe. So, tak de lah alasan kalo tak boleh balik ke, jammed ke, tak de tiket ke..ye x?

~ Panggilan famous org² kpg - Bab² & Isteri ~


Sampai kt umah kenduri, maka terjumpalah aku dengan my best buddy ever. Cik Cda & mommy nye. Apa lagi, aku rasa dah tak cam p umah kenduri. Tempat tu cam kami yang punya. Tak de kesah orang lalu lalang dah. Melepaskan rindu la katakan. Hikhik. Aku dah melantak nasik kt umah tak delah rasa nak makan dah. Kenyang seyh walaupn berlaukkan telur goreng & kicap!. Hahaha.

Kebetulan juga, sepupu aku Kak Yati datang sama ke kenduri tu. Lepas makan², abg Sidi nak meround Ban Pecah. Aku yang dah lama tak jejak sana pe lagi terxcited juga nak join.
~ Tengok la cmna muka aku dlm cam hp ni...hampeh..camera cap ayam & itik ~

~ Abg Sidi tengah pasang pukat nak tangkap ketam ~

~ Berkelah tepi laut ~

~ Dini yang tak mau balik umah ~

Sebelah petangnya, aku, bonda, kak chik & kak yati meround kt PB merangkap hantar aku nek bas malam tadi. Sempat juga aku bershopping kain ela untuk di buat baju raya. Keh³. Puasa pn belom dah teringat nak raya. Adeh!. Ada plak jumbo sales kt pasaraya Billion. Pergh!! aku yang tak melepaskan peluang, membeli belah sampai kopak. Mentang² murah. Hahaha.

~ Dini & Haris Posing ~

Lepas shopping² sakan, makan then lepak plak kt stesen bas. Nak anta aku la katakan. Sampaikan Haris tertdo. Cian dia. Bas aku gerak kol 12 mlm. Tapi ntah cmne aku igtkan bas yg aku nek tu akan gerak kol 11. Cm tak sabo dah nk balik. Huhuhu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berikut adalah perkara yang aku baru buat tadi. Sekadar suka² untuk menghilangkan mengantuk. Jangan terlalu percaya tapi apa yang di sebutkan disini ada la sikit² kena ngan diri aku ni. Huk³. Sape² nk try p la cek kt cni. Di ingatkan ini adalah untuk suka² sahaja. *Credit to Una, dia yg bg link ni kt aku. Huhuhu.

Hasil Perhitungan Ramalan Jodoh Berdasarkan Weton <---- (Hari Lahir)

siti salwa,

Hari kelahiran (Weton) kamu adalah Kamis Pon
Sedangkan hari kelahiran (Weton) pasanganmu adalah Kamis Legi

"KAMIS PON"
- Jika anda lahir di hari Kamis Pon, anda biasanya memiliki cita-cita tinggi dan tujuan-tujuan mulia yang berusaha anda wujudkan sekuat tenaga. Anda memiliki pikiran yang cerdas dan penuh rasa ingin tahu, serta suka mempelajari hal-hal baru yang dapat memperluas wawasan anda. Meskipun demikian, dengan kecenderungan untuk berpikir dan bertindak dalam skala besar, kebanggaan serta rasa percaya terhadap kekayaan materi atau kepandaian dapat dengan mudah menjadi kelemahan anda pada suatu saat. Anda bukanlah tipe orang yang suka banyak bergaul dan tidak tertarik pada urusan orang lain. Tampaknya anda cukup puas dengan mengandalkan kemampuan pribadi untuk memahami suatu situasi dan menghindarkan diri dari pengaruh orang lain.

"KAMIS LEGI"
- Mereka yang lahir pada hari Kamis Legi memiliki cita-cita yang mulia dan nilai-nilai yang tinggi. Mereka terkadang amat bijaksana, dikarenakan kemampuannya untuk melihat prospek jangka panjang dari suatu hal. Walaupun demikian, mereka harus mampu bersikap tabah dan berhati-hati jika ingin melihat keberhasilan ide-ide mereka yang besar. Masalahnya, meskipun kalangan ini cenderung berpandangan luas, mereka sering terjerumus dalam pernik-pernik kehidupan sehari-hari. Mereka termasuk tipe yang selalu membutuhkan pujian. Namun, kemungkinan dukungan tidak terlalu sulit diperolehnya, sebab mereka biasanya dikelilingi oleh banyak teman (kelompok ini terkenal memiliki kemampuan bergaul yang luar biasa). Sementara itu timbul pertanyaan; benarkah hanya keinginan untuk membantu ataukah dorongan tersembunyi untuk menguasai lingkungannya yang selalu membuat mereka mencampuri urusan orang lain?

:*:Kamu termasuk orang yang cerdas, pandai mencari rejeki dan tidak boros. Berani berkorban, banyak bicara, suka memamerkan harta kekayaan dan yang perlu diingat adalah jika kamu marah sangat menakutkan!

Dan ini kondisi keluargamu jika kamu menikah dengan ahmad jefri chong...

:*:Keluargamu sebenarnya pandai mencari penghasilan, bisa kaya tapi sering ditipu orang. Bisa langgeng asal selalu bersyukur, sabar dan memaafkan.

Sebutan untuk pasangan ini: Garangan Macan.


Tapi Ingat..!
Semuanya berpulang kepada Tuhan Yang Maha Kuasa, karena manusia tidak bisa menentukan Takdir dan Kodrat...

Mon, 1st June 2009

Huwarghhh!!!nantuk agie. Mata masih kelat². Kalau la ari ni cuti cam dak² sek kan bagus. Leh la jugak aku menyambung lena. Hikhik.

Dalam masa aku buat keja, sempat lagi aku mencuri masa mai ke blog ni. Ngulo sebentar bersama choki². Lalala. Sedap woo choki². Kalo nak p la beli. Kekeke.

Semalam aku & keluarga p kenduri saudara di Kapar, Klang. Meriah. Majlis berlangsung dr hari Khamis malam Jumaat. Kiranya 3h3m. Bermulanya dengan malam bertahlil, malam pernikahan, malam berinai kecil & di susuli dengan majlis perkahwinan. Tak banyak gambar yang aku snap. Sebabnya, camera tak de. Ni sume dr camera hp sepupu. Nak harapkan camera hp aku. Bek jangan. Rosak muka orang. Wahuahua.

Ni pix yang kami curi² amek. Jom cekki out!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni plak aku terjumpa dalam youtube. Tercari² lagu yang di nyanyikan oleh pengantin lelaki semalam. Di upload oleh abg Hasnol. Siap masuk muke aku lagi. Kakaka.



Hanya Padamu - Qiara

Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi

Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

( korus )
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai

Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku

Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati

Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci